Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.
Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.
"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.
Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.
Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.
Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau. -mk

kalau gitu, keluarga tpm pun tak boleh duduk rumah kerajaan kerana rumah kerajaan tu hanya untuk tpm saja, betul tak. lagi pun istteri calon pas tu duduk kuaters guru bukan free, kena tolah elaun perumahannya.
BalasPadambodoh punya manusia! tak boleh beza antara harta kerajaan dengan harta UMNO.
BalasPadamKuaters guru tu milik kerajaan, apa kait mengakait dengan calon PAS dengan harta milik kerajaan. Tiada mana-mana akta yang menghalang seseorang calon atau wakil rakyat mendiami rumah kerajaan.
Kalau ada, aku rasa orang yang pertama kena keluar adalah Najib, yang kedua mahyuddin.
Masalah sekarang oprang UMNO ni gila kerbau, asyik mengaku harta kerajaan milik UMNO.
Kalau kita buang UMNO dalam PRU13 nanti, kita akan lihat harta milik UMNO hanyalah seluar dalam buruk yang ditinggalkan dr. Madey selepas pencen jadi PM.
Kalau dah masuk tahap gila isim ni payah sikit nak berbincang.La ni dah jadi trend umno dan pemimpinnya...harta umno..hak umno, harta rakya juga hak umno...sebab umno dan pemimpin menganggap semua yang ada kat negara ini adalah harta mak bapak dia orang.
BalasPadam