KUALA LUMPUR 23 Mac – Polis telah memulakan siasatan terhadap sekumpulan individu yang mendakwa mempunyai rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Beberapa pengamal media telah dipanggil polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung pendedahan video klip itu, yang ditayangkan untuk tontonan umum pihak media di Hotel Seri Carcosa di sini Isnin lepas.
Difahamkan mereka dipanggil untuk memberitahu secara terperinci mengenai tayangan klip itu yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang diketuai oleh Datuk T.
Turut dipanggil ialah beberapa lagi wartawan kanan dan editor dari New Straits Times, The Star dan Malay Mail, yang juga merupakan kumpulan pertama melihat klip video berkenaan.
Keterangan mereka diambil di sebuah Ibu Pejabat Polis di Kuala Lumpur.
Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - Bernama
Kenapa tak di tangkap dan di gari saja gang Datuk T tu. Kenapa ada double standard. Kalau orang awam bukan main, dipecahkannya pintu, di terajangnya pintu, di tangkap dan digarinya pemilik video lucah itu dgn seta merta. Tapi kenapa bila mereka2 yang egelar datuk ini dibiarkan saja. Apakah orang awam ini anjing kurap ka? Hina sangatkan kami orang awam ni. Tapi bila datuk2 dah jelas memiliki, dan menayang video lucah, bukan sahaja dilambatkan tangkapan, malah siap jadi body guard mengiringi mereka ke mahkamah?
BalasPadamMemang sial penguasa2 polis macam ni.
Undang-undang di Malaysia ni pelik.
BalasPadam