Sabtu, 26 Mac 2011

Fitnah Video Seks : Laporan Utusan Berniat Jahat

Laporan muka depan Utusan yang didakwa berniat jahat ( Untuk besarkan Klik Pada Imej )
Paparan skrin Facebook menunjukkan catatan mesej pada pukul 10.40 malam 21 Februari lalu

KUALA LUMPUR, 26 Mac — PKR menafikan dan mengecam laporan Utusan Malaysia edisi hari ini, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘hilang’ kira-kira dua jam pada 21 Februari lalu — hari aksi seks melibatkan pemimpin pembangkang dengan pelacur asing dirakamkan, sebagai “satu fitnah.”
Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.
“Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan tweet ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu:
- 1040 malam: “Inshaallah”
- 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
- 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
- 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
- 1058 malam: “Bisa”
- 1103 malam: “Waras”
- 1103 malam: “Ada ruang bias ja”
- 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”
- 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”
“Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat ‘Selective Tweets’.
“Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam,” kata Rafizi lagi.
Katanya, pada masa itu jugalah iaitu antara 10.20 hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.
“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

Malah Rafizi juga berkata pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.
“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Rafizi berkata mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.
Justeru katanya, ia adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.
“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.
“Maka, pesanan yang dibuat pada pukul 12.22 tengah hari 26 Mac 2011di laman Twitter mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar di Taman Melawati dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari 26 Mac 2011 di laman Facebook,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.
“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.
Dalam laporannya, Utusan Malaysia mempersoalkan di mana Anwar berada antara pukul 9.20 sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.
Dakwa akhbar tersebut, itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut akhbar itu, penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu Isnin lalu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
“Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.
Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu.TMI

2 ulasan:

  1. Ye, akhbar itu akan buat lagi, lagi dan lagi. Sebab apa? Sebab pemimpin2 kita TERLALU BACUL UNTUK SAMAN akhbar tersebut. Terlampau bacul dan dayus tapi mahu berjuang juga.Itu dinamakan sebagai kebodohan. Maka Allah akan tangguhkan kemenangan selagi kebodohan masih menunjang dalam diri pemimpin2 kita.

    BalasPadam
  2. tuan kembara putih,
    Ckp memang la senang. Tuan ingat tak lagi masa Anwar saman Mahadet pasal pemecatan nyer apa jadi. Menang ke kalah. Buakan setakat kalah, kena bayar balik. Macam tu gak kes terbaru malaysiakini lwn taib mahmud. Apa jadi, bukan setakat kalah, kena bayar lagi tu. tn boleh tolong byr bagi pihak anwar ker.. Depa pun tau kalau saman di mahkamah tak pernah menang pun. buang masa, duit n tenaga..

    BalasPadam