Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya. PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya.
Kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah; semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.
Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, memandangkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN bilamana jentera kerajaan sepenuhnya diturunkan bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM.
Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan Isteri turut sama berkempen dengan peristiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.
Analisa Keputusan
Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini, bilamana undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 undi atau -7.3%, dan undi BN meningkat sebanyak 925 undi. Atau +22.4% Peningkatan undi BN hasil dari peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.
PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda, walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk Umno.
Peningkatan undi di Felda Jengka 22 sebanyak 28.2%, di Jengka 23 meningkat sebanyak 8.0% dan di Jengka 25 pula meningkat 4.9%. Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan Anak yang mula diterima oleh masyarakat Felda, walaupun sebahagian mereka bersama anak dalam membuat tuntutan tetapi mempunyai pandangan politik yang berbeza.
Hakikat ini dapat dilihat dari kehadiran ratusan pemuda khususnya generasi kedua dalam program anjuran Anak dan penyertaan mereka dalam Anak.
Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.
Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felca seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.
Walau bagaimana pun PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba. Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawagan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar.
Kelemahan ini akan dapat diatasi dalam PRK, namum bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza bila tenaga tempatan adalah penggerak utama. Diharap dengan PRK ini beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU akan datang.
Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya; Namur apakah ianya akan terus kekal begini. Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau dari pembangunan.

Apakah bandar Kerdau akan terus menjadi “bandar Kerbau”. Sama-sama kita tunggu.
---------------------------------------------------
Penulis adalah Naib Presiden PAS yang dilantik menjadi Pengarah pilihan kecil Kerdau.
salam
BalasPadamaku seorang pemerhati politik. aku memang dah lama muak dengan cara bn berkempen dan memancing undi. mereka menggunakan segala jentera kerajaan dan wang cukai rakyat untuk menang.
pada pendapat aku, pas perlu berhati-hati dgn strategi umno yg menggunakan dr mahathir, utusan, tv3,rtm, dlm kempen memburuk2 parti lawan. pas juga harus berhati2 dlm mengeluarkan kenyataan tentang isu kafir dan judi. sebab orang melayu ramai yg suka berjudi dan minum arak. mereka tak berani pegang anjing tp tak takut pengang botol arak.
pas kena gunakan strategi yg lebih halus dan sederhana. umno akan menggunakan peluang ini utk menghasut pengundi2 melayu dikawasan kampung dan pendalaman. cara yg paling mudah dgn menggunakan saluran tv1, tv2, tv3.
cara ini sangat berkesan sbb orang2kampung dan felda adalah penonton setia berbanding kwn bandar. di bandar penonton ada banyak pilihan saluran. mereka tak tengokpun berita perdana sbb mereka dah muak dengan pembohongan dan berita yg berat sebelah. jenerasi muda tak mudah tertipu.
antara kelemahan pengundi melayu, mereka mudah disogok dgn wang dan jamuan. umno mempunyai kuasa di kwn pendalaman, jd mudah bagi mereka mengadakan bermacam2 majlis dgn wang kerajaan utk menanbat hari org kampung. apabila dah termakan budi, mereka tak berupaya utk menolak umno. pas perlu mengubah strategi daripada berceramah sahaja kepada turun ke padang dan ambil hati orang melayu dgn program yg mesra rakyat.
iangatlah, peluang PR utk menumbangkan bn dah makin hampir. gunakan kesempatan ini semaksimumnya. jgn bertelagah dlm PR. kepada TGNA berhati2lah semasa mengeluarkan kenyataan. tuan terlalu digeruni oleh bn. apa saja yg tuan ucapkan akan diputar belitkan oleh media perdana.
kuatkanlah kerjasama dgn PKR dan DAP. hanya inilah saja cara utk ke putrajaya.
wassalam
yang telah berlalu biarlah jadi ikhtibar,jangan sesekali mengeluh dan berputus asa.kita ambil kelemahan yang ada jadikan suatu kekuatan dan satu kelebihan.apa yang ada pada kita ianya kekuatan dan senjata yang allah swt telah kurniakan.apa yang perlu dilakukan ialah ubah paradigma berpijak dibumi yang nyata menentang arus demi tuntutan syariat islam yang wajib dimuliakan.inshallah berbuat baik, berlembut serta berhemah pada bukan islam adalah perjuangan yang tidak akan merugikan.
BalasPadamYang diperkatakan oleh Tanpa Nama 6.19am ada betulnya.Sebenarnya UMNO tidak kuat tapi PAS yang lemah.Sejak Hj.Halim ambil alih jawatan Pengarah Pilihyanraya PAS Pusat,sudah 4 kali PAS kecundang dalam Pilihan Raya Kecil kecuali Manik Urai.DiManik Urai,Jentera Pilihanraya PAS Pusat tidak campur tangan.Organisasi Hj.Halim dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin sudah tua seperti Abu Bakar Chik dan yang lain-lain sewaktu dengannya.Gulungan ini sudah dianggap "obsolete" dan tidak munkin mampu mencari dan memikirkan strategi-stretegi yang dapat melawan UMNO.Lihat sahaja keputusan yang diperolehi calun PAS diMerlimau dan Kerdau -MEROSOT.Ini membuktikan bukan sakadar nak menang,mempertahankan yang lama pun tidak berupaya.
BalasPadamPAS wajar punya team baru yang mampu mengepalai jentra pilihan raya dalam keadaan baru,suasana baru - pengundi hantu,SPR dan Polis jadi cawangan UMNO,rasuah dan berlawan atas padang yang tidak sama rata.Sekadar buat aduan dan laporan sudah tidak memadai lagi.Jentera wajar dipersiapkan untuk peperangan yang lebih halus,mantap dan berkesan.Perancangan yang "halus" inilah yang tidak mampu diadakan dan dilaksanakan oleh "hulubalang-hulubalang tua" ini.Zaman mereka sudah berlalu,dinamismnya sudah pudar dan otak pun sudah tak mampu.