Khamis, 24 Februari 2011

Gambar : Rumah milik Taib Mahmud dan Kroninya














Ketika Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan Kroni pembalakannya mahu mengeluarkan masyarakat Rumah Panjang dari Tanah Adat mereka, Taib dan Kroninya akan menjanjikan perkara yang sama.
Mereka menjanjikan akan membawa kemajuan dan pembangunan buat masyarakat Rumah Panjang itu yang kebanyakkannya tidak menerima sebarang pampas an dari pengambil-alihan Tanah Adat milik mereka itu
Dan yang menerima pampasan pula nilainya pula amat kecil dan hanya cukup buat membeli beras jika dibandingkan dengan kayu yang berharga dan tanah milik mereka itu.
Namun begitu mereka gembira kerana telah dijanjikan oleh Taib Mahmud bahawa kehidupan mereka akan diubah mereka akan dibawa ke dalam dunia moden yang memiliki prasarana jalanraya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, Sekolah, Rumah Sakit, Institusi Pengajian Tinggi dan juga pekerjaan.
Tetapi kini 30 tahun telah berlalu, apa yang kita saksikan? Umum tahu bahawa Taib dan Kroninya telah menebang Satu setengah juta Kilometer persegi kayu-kayu balak dari hutan yang menjadi tanah adat masyarakat pribumi di Sarawak yang berharga berbillion dollar US.
Biarpun hutan-hutan ini telah disahkan oleh Mahkamah sebagai hak masyarakat pribumi.. tetapi.. apa yang jelas sekarang ialah masyarakat pribumi yang memiliki kekayaan hutan itu sekarang lebih miskin dari dulu..
Kemana perginya kekayaan yang sepatutnya menjadi milik mereka itu?? Gambar-gambar  diaeas  mungkin boleh memberikan kita jawapannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan