Selasa, 11 Januari 2011

Rancangan sulit tukar kepimpinan PAS ???

ALOR SETAR, 11 Jan: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Ir.Phahrolrazi Zawawi mengingatkan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya wajud perancangan sulit di kalangan kumpulkan tertentu dalam PAS untuk mengubah pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh Ulama.

Malah beliau menyifatkan khabar angin tersebut sebagai propoganda pihak lawan yang sentiasa merancang strategi untuk mencetuskan suasana panas dalam PAS bagi tujuan melemahkan perjuangan PAS selain mengalih tumpuan pendokong PAS daripada agenda yang sepatutnya.

Selain itu, beliau juga tidak menolak cerita yang disebarkan kononnya usaha sedang dilakukan untuk mengambil alih kuasa dari kepimpinan ulama dalam PAS itu juga strategi jangka pendek untuk memecah-belahkan ahli PAS menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor tidak lama lagi.

"Sebenarnya golongan ulama dan juga golongan profesional merupakan golongan yang mempunyai peranan tersendiri. Dalam PAS amalan kronisme dan puak tidak pernah wujud.

"Kumpulan dari kalangan profesional dan ulama sering bergandingan bagi mencapai aspirasi perjuangan parti untuk menegakkan keadilan dan memartabatkan Islam sebagai wadah perjuangan, " kata beliau.

Phahrolrazi berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa wujudnya perancangan sulit bagi mengubah pucuk pimpinan menjelang pemilihan PAS menjelang Jun yang akan datang.

Sebelum pemilihan pimpinan PAS dua tahun lalu, PAS juga pernah menghadapi krisis yang dilihat seolah-olah berlaku pertembungan antara dua kumpulan dalam parti yang mewakili kumpulan Ulama dan profesional melalu laporan-laporan di media dan internet.

Bagaimanapun isu tersebut semakin kurang diperkatakan selepas muktamar berlangsung.Hrkh

3 ulasan:

  1. Kalau singkirkan arkitek-arkitek Kerajaan Perpaduan di dalam PAS aku setuju. Mereka ni dah jadi duri yang menyakitkan dalam luka yang bernanah. Ada hati nak berdakap dengan UMNO/BN yang zalim. Semoga Allah menyingkirkan pemimpin yang sedemikian dari kepimpinan PAS.

    BalasPadam
  2. ir phahrolrazi tolong bantu zul nordin kempen awal muktamar pas ke 58!

    takkanlah "ops gerhana" untuk prk tenang...

    BalasPadam
  3. Munkin ir Phahrolrazi salah baca tentang berita angin tu.Sebenarnya berita angin tu tentang penyingkiran Geng UG bukan ulamak-ulamak.Sekiranya dikalangan geng ug tu ada ulamak,nasiblah.Tuan Guru Yahya Osman pun ada kata"ulamak-ulamak pelawok(penipu)".

    BalasPadam