PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan(gambar) yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.
Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengeluarkan kenyataan rasmiberhubung perkara itu malam ini.
Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.
Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.
Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan