Jumaat, 5 November 2010

Kekalahan Pas Di Galas,Ulasan Tok Guru Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini Jumaat.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.

Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.

Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.

"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya. - BERNAMA

Gambar : PRK Galas,Gaya Politik Ala Kelantan

SUMBER GAMBAR

Walaupun berbeza fahaman politik,ini tidak menghalang Pemimpin Pas dan Umno Kelantan duduk semeja sambil minum dan berbual.Inilah gaya politik ala Kelantan.Ambo tak nak ulas panjang.Terpulang pada fikiran masing2 untuk menilainya.
Biar Gambar Yang Berbicara....

Video : Dedikasi Untuk Penyokong/Petugas Pas PRK Dun 45 Galas




Video ini sepatutnya diupload jam 3.00 petang semalam.Tapi cubaan berkali2 ambo gagal kerana line Celcom Broadband asyik putus2 je.Hampeh betul.
Walaupun keputusan sudah kita ketahui tapi semangat yang ditunjukkan petugas/penyokong Pas amat mengkagumkan.Mereka yang datang dari seluruh pelusuk negara dengan berkorban masa,tenaga dan wang ringgit,bertugas dengan penuh dedikasi.Sekalung tahniah untuk mereka.
Akhirnya,tewas tidak bererti gagal,walauapapun kekalahan ini patut diambil iktibar dan pemimpin Pas perlu melakukan sesuatu dalam mengembalikan sokongan rakyat kepada Pas dalam menghadapi PRU 13 akan datang.
Sememangnya Dun Galas adalah kubu kuat BN dan kemenangan mereka bukanlah sesuatu yang luar biasa.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT