KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam.
Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini Jumaat.
Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.
Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.
Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.
"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya. - BERNAMA
Kalah menang memang permainan politik.Kalau menang ada sebabnya,begitu juga kalau kalah ada sebabnya.Komen Halim Abd.Rahman: Kekalahan diGalas sudah dijangka.Adalah satu komen yang tak boleh diterima,sebab PAS mempertahankan kerusi Galas dan Galas tu dalam negeri yang dikuasai oleh PAS.Dulu diPematang Pasir pun Hj.Halim sebut macam tu.Boleh terima sebab Negeri Sembilan UMNO yang kuasai dan PAS pula berlawan dengan Jutawan UMNO,Isa Samad.Hj.Halim juga cepat mempertahankan jentera pilihanraya Galas,kerana pemimpin-pemimpinnya terdiri dari "rakan-rakan yang sewaktu dengannya".Belum lagi buat post-mortem,Hj.Halim sudah awal-awal lagi nak mempertahankan rakan-rakanya dari PAS Pusat.Sudah dijangka,dalam PAS tidak ada apa yang disebut "muhasabah diri" kerana pemimpin-pemimpin PAS diperingkat Pusat menganggap diri mereka "semua betul" tanpa kelemahan dan cacat-cela.Ada baiknya tidak diadakan post-mortem kerana dianggap buang masa dan tenaga aje.Pembaharuan tidak akan berlaku,kesalahan lama akan diteruskan dan lapuran post-mortem pun jarang dikeluarkan.Yang paling tak kena,post-mortem akan dipengurusikan oleh pemimpin yang dia sendiri wajar dipost-mortem.Macam bersaksikan kelutut aje.Pernah satu post-mortem pilihanraya umum dipengerusikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat(Mustafa Ali),pada satu ketika dulu.Inilah kehebatan PAS hingga kehari ini masih tak betrubah.
BalasPadamahli2 Pas sila buat AGM singkirkan geng2 3 Abdul ni...
BalasPadam