Khamis, 27 Mei 2010

Gambar : Senarai 10 orang Terkaya Di Malaysia Untuk 2010 - Forbes Asia

BERIKUT merupakan senarai 10 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes Asia:
1) Robert Kuok AS$ 12 bilion, 86, berkahwin, 8 orang anak. Pelbagai.
2) T. Ananda Krishnan AS$ 8.1 bilion, 72, berkahwin, 3 orang anak. Telekomunikasi.
3) Tan Sri Lee Shin Cheng AS$ 4.6 bilion, 71, berkahwin, 6 orang anak. Kelapa sawit.
4) Puan Sri Lee Kim Hua & keluarga AS$ 3.9 bilion, 81, janda, 6 orang anak. Perjudian.
5) Tan Sri Quek Leng Chan AS$ 3.85 bilion, 69, berkahwin, 3 orang anak. Pelbagai.
6) Tan Sri Teh Hong Piow AS$ 3.8 bilion, 80, berkahwin, 4 orang anak. Perbankan.

Ezam Buat Tuduhan Jahat-Nurul Izzah

SHAH ALAM – Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor(gambar kanan) yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah(gambar kiri).

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

SIASAT PERCUBAAN RASUAH SAMY VELLU OLEH PM

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menuntut satu siasatan telus dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap satu pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Anak Presiden MIC S.Samy Vellu, S.Vell Paari sebelum ini mendedahkan seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran dari Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.
Menurut Mahfuz, pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor.
Dakwaan S.Vell Paari itu juga menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi ianya menunjukkan berlaku dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.

Khalid didesak lepaskan jawatan pengerusi PKR Selangor?

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula malam ini, dijangka antara lain akan menggesa perubahan kepimpinan parti peringkat negeri khususnya di Selangor.
Desakan perubahan di Selangor dijangka menjadi perhatian ekoran kesan kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil 25 April lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perwakilan dari Selangor dijangka membawa cadangan meminta agar pucuk kepimpinan negeri memikul tanggungjawab atas kegagalan itu dengan melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor.
Malah difahamkan desakan itu juga antara kandungan laporan bedah siasat yang disediakan baru-baru ini.
Kongres Nasional Keenam bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Pemuda dan Wanita manakala peringkat pusat Sabtu dan Ahad ini.
Dalam ucapannya Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan menyentuh keberkesanan kepimpinan dan hala tuju Selangor yang diterajui wakil PKR.