Selasa, 18 Mei 2010

Menjijikkan !!! Adegan Seks Ustazah Di Asrama Pelajar


SALAH satu aksi seorang ustazah bersama pasangannya dalam rakaman video yang tersebar baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

SUMBER

Mahkamah Tangguh Hukuman Terhadap Bung Moktar,Zizie

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bersama isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abdul Samad ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Keramat di sini, hari ini.Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan keputusan jatuh hukum ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad esok.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan dan hujahan akhir pihak pendakwaan dan pembelaan.
Wan Mahyuddin juga menetapkan esok untuk keputusan kes dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain yang didakwa atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.
Pada 20 April lalu, Bung Moktar, 51, dan Zizie, 31, mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas.

Dun Sarawak Gantung Adun DAP, PKR


KUCHING: Dominique Ng (PKR-Padungan) dan Chong Chieng Jien (DAP-Kota Sentosa) hari ini digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak selama 12 bulan berkuatkuasa serta merta kerana menghina dewan.
Hukuman itu bermakna kehadiran kedua-dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang itu hari ini adalah yang terakhir bagi mereka bagi sesi persidangan semasa kerana penggalnya akan berakhir secara rasmi pada 24 Julai 2011.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang dua kali setahun dengan persidangan pertama bermula pada Mei dan yang kedua pada November, selalunya bagi pembentangan bajet negeri.
Ng dikenakan tindakan itu oleh Speaker Dewan Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas 53 Adun mengundi menyokong tindakan itu, manakala tujuh menentang dan seorang tidak mengundi.

Istana Kelantan: Hishammuddin Menghadap Raja Perempuan Petang Ini

PETALING JAYA: Selepas kira-kira dua minggu media melaporkan insiden dakwaan berlakunya kekasaran anggota polis terhadap Raja Perempuan Kelantan, hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual menghadap Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Difahamkan kunjungan Hishammuddin itu bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung dakwaan berkenaan serta untuk menjelaskan kepada Raja Perempuan mengenai tindakan menggunakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) semasa membawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini.
Kakanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra berkata, beliau dimaklumkan Hishammuddin memohon untuk menghadap Tengku Anis di Istana Mahkota petang ini."Memang benar beliau ada mohon untuk menghadap Raja Perempuan Kelantan petang ini.
"Saya rasa pertemuan berkenaan ada kaitan dengan beberapa insiden yang melibatkan Raja Perempuan baru-baru ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Jangan Pujuk Saya Tinggalkan PKR !!!-Manikavasagam

KLANG, 18 Mei: "Jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa saya," nasihat anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam kepada pihak yang cuba untuk melagakan beliau dengan pucuk pimpinan PKR atau kerajaan negeri Selangor.

Ini kerana, katanya, beliau akan sentiasa bersama dengan pucuk pimpinan dan taat setia kepada PKR.

"Pendirian saya adalah sama dengan pendirian parti iaitu untuk menghapuskan segala bentuk gejala rasuah," kata Manikavasagam atau lebih dikenali dengan Mike dalam satu kenyataan ringkasnya.

Mike (gambar) berkata, beliau telah berbincang dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merumuskan laporan beliau akan disiasat secara telus dan terperinci.

"Justeru itu saya telah membuat keputusan untuk menyerahkan isu ini kepada Ketua Umum Parti untuk tindakan selanjutnya," kata Mike.

Mike mengulas langkah sesetengah pihak yang sedang giat memujuk agar beliau meninggal PKR dan menjadi calon bebas menyokong Umno sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa anggota Parlimen dan Adun PKR sebelum ini.Salah seorang darinya adalah bekas pemimpin kanan PKR sendiri.

Bung Mokhtar didesak Kosongkan Kerusi Parlimen


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin didesak mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.
Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG)melalui jurucakapnya, Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.
"Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.
"Itu langkah terbaik," katanya dipetik ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini

Ahli Parlimen Padang Serai Nafi Tinggalkan PKR


PADANG SERAI, 18 Mei: Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (gambar) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurutnya, selama 10 tahun berjuang sebagai reformis dalam PKR, beliau akan tetap bersama dengan parti itu walau dalam apa jua kondisi dan situasi.

"Saya akan terus berjuang dan memperjuangkan nasib rakyat yang tidak terbela. Tidak ada perkataan meninggalkan PKR dalam kamus hidup saya dan tidak juga akan mengosongkan kerusi Parlimen Padang Serai sebagai dakwaan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Khalwat : Timbalan Ketua Umno Dilepaskan Tanpa Bicara?


MARANG – Masyarakat sebuah kampung dalam daerah ini, merasa tidak puas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) tersebut yang ditangkap berkhalwat, telah dilepaskan tanpa bicara.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan telah ditangkap ketika berdua-duan bersama Ketua Puteri Umno Cawangan berhampiran di sebuah Resort tempatan pada jam 3 petang, Sabtu, 24 April lalu.

Yang lebih dikesalkan adalah, lelaki yang bertugas di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam itu, juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim terbabit.