Khamis, 8 April 2010

Anwar hantar Surat Kepada Agong Mohon Batal Kontrak Israel

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal abidin bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B system sdn bhd dan serta Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Beliau juga memohon kepada Tuanku supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal segala bentuk kontrak dengan Israel yang boleh menggugat keselamatan negara.

Anwar pada sidang media di Parlimen berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," jelas beliau.Erapakatan

Nazri pertahan Zul, Zahrain ikuti PM ke AS

Tindakan kerajaan menghantar dua Ahli Parlimen Bebas mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat adalah bagi memastikan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai wakil yang mencukupi pada sidang Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang bertanggungjawab menjaga Parlimen berkata, hal ini penting memandangkan sekarang telah menjadi kebiasaan pembangkang untuk mengadakan undian belah bagi dalam persidangan.
“Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak menghantar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk turut serta dalam rombongan tersebut.
“Kita kena tentukan bahawa jumlah anggota Parlimen BN mesti lebih pada setiap masa.
“Dalam masa yang sama tak hantar dari pembangkang yang bukan Bebas kerana tak mahu dituduh nanti, kita hantar mereka dengan tujuan memastikan jumlah mereka kurang,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Permohonan Tengku Faris ketepi saman kereta Bentley didengar 9 Jun

KUALA LUMPUR, 8 April —Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 Jun bagi mendengar permohonan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Sultan Ismail Petra untuk mengetepikan saman adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry berhubung pemilik benefisial sebuah kereta Bentley Brooklands, berharga RM1.6 million.
Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof akan mendengar permohonan itu.
Penolong kanan pendaftar Suzarika Sahak menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini di hadapan peguam P. Vadivu, yang menyebut bagi pihak peguam Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Mohd Haaziq Pillay, dan Idza Hajar Ahmad Idham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris.
Vadivu berkata mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak supaya mengesahkan afidavit mereka sebelum 13 April.
Pada 9 Sept tahun lepas, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman pemula, dengan menamakan Tengku Mahkota sebagai defendan, untuk memohon antara lain, deklarasi bahawa kereta berwarna biru itu dengan nombor pendaftaran DBG 1, yang dibeli bagi pihak atau untuk kegunaan baginda atau ayahanda baginda, adalah kepunyaannya.

Sidang Parlimen:Peruntukan untuk APCO lulus walaupun ditentang Pembangkang




Peruntukan untuk APCO lulus walaupun ditentang Pembangkang - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat 7 April 2010.

Sidang DUN Trg ; ADUN AJIL (BN) Sokong ADUN Bkt Tunggal (PAS)




ADUN Ajil Dato Rosol Wahid menyokong supaya program pembangunan eko-pelancongan di Tasik Kenyir dikaji semula khususnya pembelian bot bagi program Island Hopping yang berharga RM2 juta.BO

MCA pertahan pendirian Pemudanya terhadap Perkasa



Jawatankuasa Pusat MCA semalam mempertahankan pendirian sayap Pemudanya berhubung pertikaian dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk meneruskan perjuangan berlandaskan satu kaum semata-mata.

“MCA akan bekerjasama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi meningkatkan daya saing negara serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertikaian antara Pemuda MCA dan Perkasa bermula apabila Timbalan Setiausaha Agung sayap itu Loh Chew June melabelkan Perkasa sebagai “rasis” setelah pertubuhan tersebut lantang menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu.

Kenyataan itu menyebabkan Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menuntut Loh memohon maaf serta mendesak pucuk pimpinan MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Loh.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita selepas itu, Dr Chua dilapor berkata pada asasnya Loh tidak melakukan sebarang kesalahan dan MCA tidak akan bertindak ke atas anggotanya hanya kerana desakan orang luar semata-mata. — Bernama