Khamis, 8 April 2010

Anwar hantar Surat Kepada Agong Mohon Batal Kontrak Israel

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal abidin bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B system sdn bhd dan serta Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Beliau juga memohon kepada Tuanku supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal segala bentuk kontrak dengan Israel yang boleh menggugat keselamatan negara.

Anwar pada sidang media di Parlimen berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," jelas beliau.Erapakatan

2 ulasan:

  1. pejuang agama dan bangsa.. teruskan selagi bernafas

    BalasPadam
  2. Memang patut pun dibatalkan kontrak. Selain dari sebab ada kaitan dengan Israel, penasihat-penasihat Israel ni kira-kiranya macam pemalas... buat perangai macam sesetengah student IPT di Malaysia, main cut & paste je bila buat projek.... mana nak maju. Alih-ahli kantoi... 1 Israel = 1 Malaysia... bukankah rebranding namanya yang pemimpin-pemimpin UMNO suka buat kerja ni tak lama dulu.

    BalasPadam