Ahad, 28 Mac 2010

Penyebaran Buku Fitnah Terbaru Terhadap DS Anwar


KUALA TERENGGANU: Serata isi rumah di Terengganu sudah mula menerima longgokan buku fitnah baru akibat kempen Fitnah 2 yang dilakukan di mahkamah sedang dilanda krisis tentangan dalam dan luar Negara, pihak2 tertentu yang bacul meneruskan kempen dengan mengedar buku bertajuk “50 Kemusykilan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim”.

Mereka ini yang sedang menghidu kegagalan siri pertama dimahkamah mengambil langkah mengedar buku ini di setiap penjuru dibantu balaci mereka diakar umbi sebagai bahan bantu sokongan kempen.

Buku ini diletakkan di dalam sampul dan dihantar tanpa nama pengirim ke dalam peti surat penduduk.
Tindakan Bacul dan tidak bermaruah yang sudah menjadi tradisi mereka untuk menghalal perbuatan fitnah mereka terhadap Anwar.Kempen ini dijangka akan sampai kemuncaknya nani bila menjelang PRK Hulu Selangor nanti.

Krisis Istana Kelantan:Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

MACHANG, 28 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta rakyat bertenang ekoran berlaku krisis membabitkan istana Kelantan sekarang.
Katanya, rakyat hendaklah bertenang dan berdoa kepada Allah Taala meminta supaya krisis yang berlaku sekarang tidak berpanjangan.
“Saya bimbang berulang kembali peristiwa lama iaitu pelantikan raja seperti di Ketereh suatu ketika dahulu, itu memalukan,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan kilang GMP Nutraseutikal di Labok, hari ini.
Kilang itu milik Kilang Biotech Corporation Sdn Bhd anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Abdul Fattah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar.
Selain itu, anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman serta Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhamad juga hadir.
Khamis lalu, krisis membabitkan istana Kelantan memuncak apabila Tengku Muhammad Faris Petra cuba dilucut jawatannya sebagai Pemangku Raja.
Kenyataan itu dibuat bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan.
Ekoran itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) mengumumkan Pemangku Raja memecat Yang Dipertua MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dan diganti dengan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.

Pemilihan MCA:Soi Lek Presiden , Tiong Lai Timbalan


KUALA LUMPUR, 28 Mac — Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA hari ini, sekali gus menghidupkan semula kerjaya politiknya buat kali kedua.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula diumumkan timbalan presiden.
Dengan kemenangan itu Dr Chua mengetepikan penyandang jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat yang dipilih Oko 2008 dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting yang membuat kemunculan secara mengejut untuk menyelamatkan MCA. Dr. Chua memperoleh 901 undi manakala Tee Keat pula menerima 578 undi dan Ka Ting 833 undi.
Keputusan diumumkan kira-kira 7 petang ini.
Keputusan itu mengesahkan petunjuk awal yang menunjukkan Dr Chua dari mendahului persaingan kerusi presiden MCA meskipun undi bagi jawatan nombor satu hanya akan dikira selepas pukul 5 petang.
Petunjuk awal menunjukkan Dr Chua berada di depan dengan 1,000 undi dan disusuli dengan penyandang jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Karpal Cabar Zahrain Ke Mahkamah

GEORGETOWN 28 Mac - Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim supaya tidak menganggu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan menghantar surat tuntutan undang-undang dan menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak professional.

Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya semalam Karpal menegaskan tindakan peguam Zahrain, Hanif Khatri Abdullah yang menghantar notis tersebut kepada Guan Eng sebagai satu sikap yang salah dan tidak beretika.

"Saya beri amarabn kepada Hanif supaya tidak melakukan sebarang tindakan lanjut terhadap Guan Eng. Saya mencabar Hanif untuk tampil untuk berdebat di mahkamah sekiranya beliau sangat yakin dengan tuntutan yang dikemukakannya itu," kata peguam veteran itu.

Walau bagaimanapun kandungan notis tuntutan yang dihantar kepada Guan Eng itu tidak didedahkan kerana dianggap rahsia.

Notis yang dihantar Hanif berhubung kenyataan Guan Eng yang mendakwa Zahrain keluar daripada KEADILAN kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort di Pulau Pinang menerusi sebuah syarikat RM2.

Karpal berkata beliau akan menghantar surat balas kepada peguam Zahrain tersebut bukan untuk meminta maaf tetapi sebaliknya untuk mempertahankan kedudukan Ketua Menteri yang didakwa diperlekehkan pihak Zahrin dengan menghantar notis tersebut tanpa prosedur yang betul.SK

Reman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Dilanjutkan

KOTA BARU, 28 Mac —Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang ditahan polis Khamis lalu ekoran kenyataan mengenai pemecatan Pemangku Raja disambung reman selama dua hari sehingga esok.
Majestret Nurhaslinda Che Seman membuat keputusan itu pagi tadi.
The Malaysian Insider difahamkan polis Kelantan akan mengambil keterangan daripada pemberita-pemberita yang membuat liputan sidang media Wan Hashim, Khamis lalu.
Wan Hashim ditahan kira-kira sembilan jam selepas sidang media yang diadakan di Istana Mahkota mengumumkan pemecatan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.
Wan Hashim tiba di mahkamah kira-kira 10.50 pagi dengan kawalan anggota polis.
Sementara itu peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Wan Hashim semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya telah membangkitkan masalah berkenaan kesihatan Wan Hashim dan memohon agar beliau direman di hospital.
“Mereka (polis) pohon untuk tiga hari tapi mahkamah benarkan sehingga esok.
“Puan Majestret juga telah membuatkan satu perintah supaya Datuk (Wan Hashim) dibawa ke hospital selepas prosiding hari ini.

Mahathir Guna Pentas PERKASA Hentam Pak Lah


KUALA LUMPUR 28 Mac - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pentas Perkasa untuk menghentam penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.
Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.
Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Siapakah pemimpin Melayu yang sokong judi, arak?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perkasa, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zahrin Mohd Hashim dan Awang Selamat antara watak dan pihak yang dikecam hebat berikutan berleluasanya amalan judi dan arak di negara ini.

"Anda semua masih bisu, pekak dan buta. Saya cabar SPRM siasat salahlaku dan rasuah dalam kelulusan lesen-lesen judi, empat nombor ekor Magnum, Toto dan Damacai. Dalam seminggu ada tujuh hari, cabutan empat nombor ekor ada 12 cabutan.

"Kelulusan lesen-lesen ini sungguh mudah dan dalam jumlah yang besar. Apakah wujud unsur sogokan di sini?"

"Menteri kewangan, Duli Raja-Raja Melayu Islam, mufti-mufti dan semua Melayu Islam tetap tidak malu dan takut ke atas kemungkaran ini yang mungkin akan mengundang kemurkaan Allah," kata Pengerusi Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) Mohd Basir Abdullah.

Dalam perkembangan lain, beliau menyelar pihak tertentu yang memperalat isu kalimah Allah, hingga sanggup lompat parti dengan alasan parti dahulu tidak berusaha mempertahan Islam.

Indeks Rasuah Merudum - Malaysia diTertawakan



KUALA TERENGGANU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu mendakwa Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana indeks rasuah merudum.
Katanya, indeks rasuah negara jatuh dan berada ditangga ke-56 di bawah pemerintahan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Najib Tun Razak sekarang setaraf dengan negara-negara di Afrika.
“Punca utama Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana rasuah, indeks rasuah kita (negara) 4.5:10 di tempat ke-56 yang setaraf dengan negara-negara Afrika,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Pakatan Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Kuala Ibai, dekat sini, baru-baru ini.
Menurutnya, indeks rasuah tiga bekas Perdana Menteri lalu sebelum Tun Dr Mahathir jauh lebih baik dan berada ditangga ke-20 hingga ke-25 sahaja.
Katanya, di zaman Tun Dr Mahathir indeks rasuah terus naik dan berada ditangga ke-40 apabila dasar penswastaan diperkenalkan di negara ini.
“Apabila naik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM yang kelima selepas Tun Dr Mahathir gejala rasuah masih gagal dibenteras.

13 Laporan Polis Terhadap Anwar...


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang disifatkan sebagai paling besar setakat ini, mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya dengan membuat 13 laporan polis terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dua pemimpin terbabit ialah Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.
Laporan polis terhadap Anwar, yang juga ketua pembangkang dibuat berrhubung isu rancangan 16 September yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong kononnya sudah memberi perkenan bagi mendapatkan sokongan politik.
Ketua Wira Perkasa Arman Azhar berkata, 13 laporan itu dibuat terhadap Anwar secara berasingan oleh wakil-wakil pertubuhan dari 13 negeri di seluruh negara.
Kira-kira 100 ahli Perkasa berarak dari Dewan Tun Razak I, PWTC, tempat berlangsungnya mesyuarat ini, ke Ibu Pejabat Polis Daerah yang jauhnya kira-kira satu kilometer.
Terdahulu mesyuarat agung tahunan Perkasa dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika ditemui pada sidang media di akhir mesyuarat agung tahunan Perkasa petang tadi, Arman berkata mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”