Khamis, 11 Mac 2010

Kezaliman BN Menyamai Kerajaan Firaun - Presiden PAS


SEBERANG JAYA - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa sekarang boleh disamakan dengan kerajaan Firaun yang sentiasa mengamalkan perkara bertentangan agama dan juga penyelewengan besar yang memberi kesan buruk pada rakyat.

"Jangan mereka (BN) terlalu berhasad dengki menjatuhkan orang lain dengan kekuasaan yang diberikan dan jangan juga lupa kezaliman mereka tidak akan mampu bertahan lama.

"Kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama lagi berikutan pelbagai kegagalan telah dibalaskan oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan," kata Abdul Hadipada ceramah sambutan ulangtahun kedua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Khalid Samad Cabar Zulkifli Nordin Berdebat


PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri berhubung isu laporan polis oleh Zulkifli Noordin mengenai isu Kalimah Allah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini tampil 'menyerang balas' dan mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu untuk berdebat.
Menurut Khalid, debat terbuka itu bertujuan mencari kebenaran dan menilai sama ada pendirian kedua-dua mereka berlandaskan hujah yang tepat ataupun sekadar membangkitkan isu sentimen semata-mata.
"Apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan polis? Sediakan sahaja tempat serta waktunya dan panggil Astro Awani atau Hujjah TV9, kita berdebat secara siaran langsung demi mencari kebenaran.
"Sekiranya ada diantara apa yang saya fahami tidak tepat, tersasar dan tidak berlandaskan syariat, maka saya sedia diperbetulkan dan demikian jugalah saya harapkan sebaliknya," katanya dalam entri terbaru yang dipetik daripada blog http://www.khalidsamad.com.

Cerai isteri kedua: Bukan Sultan Kelantan failkan permohonan


KOTA BARU, 11 Mac — Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan-Tinggi, Abu Bakar Abdullah Kutty mengesahkan bukan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai talak tiga terhadap isteri keduanya Elia Suhana kelmarin.
“Bukan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebenarnya yang mengemukakan permohonan tersebut sebagaimana dikeluarkan (dalam) akhbar, tetapi ia dipohon oleh seorang wanita yang bernama Nik Rohana Abdul Rahman.
“Beliau mendakwa Tuanku Sultan telah melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri keduanya Elia Suhana,” kata beliau kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Abu Bakar ditanya mengenai laporan media bahawa Sultan Kelantan telah memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Syariah di sini kelmarin.
Abu Bakar bagaimanapun tidak menjelaskan status Nik Rohana, sebaliknya hanya memberitahu dia “seorang wanita yang tinggal di Taman Petranis” di sini.
“Hanya setakat itu sahaja yang boleh saya maklum sebab saya sendiri pun tidak tahu siapa Nik Rohana,” katanya.

Video;Sidang Media DS Anwar Selepas Di Siasat Polis



PETALING JAYA 11 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak polis menyoalsiasat beliau berhubung siri ceramah yang beliau sampaikan kepada rakyat sebagai langkah terdesak Perdana Menteri sehingga terpaksa memperalat polis untuk mengugut pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar hari ini didatangi empat pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menyoalsiasat beliau berhubung ucapannya di empat majlis Pakatan Rakyat di negeri itu bulan lalu.

Anggota polis tersebut tiba di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.25 pagi.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu tindakan keras polis beberapa minggu ini terhadap pimpinan Pakatan Rakyat merupakan satu bentuk ugutan yang dilakukan atas arahan politik Perdana Menteri.

Tegasnya Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa memperalatkan polis untuk mengganggu perjalanan proses demokrasi di negara ini.

"Soalnya mengapa Najib dan Rosmah memilih tekanan begini keras. Saya jawab tentunya kerana rasa terdesak. Pemimpin otoritar atau diktator di mana-mana sekalipun sebaik merasakan kesan kemarahan rakyat akan memilih cara ganas dengan memperalatkan institusi pemerintah termasuk polis untuk menekan dan mendera rakyat.

"Kalau ini caranya saya nak bagi jaminan bagi pihak Pakatan Rakyat, ia sedikitpun tidak mengganggu kita.

"Soalnya yang dikaitkan dalam laporan polis itu kerana menyentuh isu pembunuhan Altantuya, enjin jet pesawat hilang, isu kapal selam Scorpene, kenapa pula isu ini jadi masalah kepada polis, ini adalah isu politik, biar kita tangani dengan cara politik," kata beliau pada sidang akhbar selepas memberi keterangan kepada pihak polis.

Walau bagaimanapun Anwar berkata beliau telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis semasa sesi soalsiasat itu namun berharap pihak polis menjalankan tugas mereka secara profesional.

"Saya lihat sikap polis di peringkat ini tidak ada masalah, mereka hanya menjalankan tugas. Sebab itu saya memilih bersikap baik dan sopan manakala mereka juga bersikap baik dan sopan terhadap saya. Tetapi bantahan kita ialah terhadap ganggguan polis yang telah diperalatkan oleh pimpinan Umno.

Tambah Anwar jika beliau disabitkan dengan tuduhan dan didapati bersalah, beliau berhadapan dengan sabitan hukuman penjara, denda atau hukuman terlucut jawatan sebagai anggota Parlimen.

"Puluhan siasatan dilakukan, kalau tanya apa yang berlaku, kalau ikut hukum dan bersandarkan keterangan, tidak ada kesalahan dilakukan, negara Malaysia ini harus ikut negara hukum, bukan hukum rimba.

"Ini muslihat jahat pimpinan politik tetapi saya tidak fikir semudah itu kerana kita akan pertahankan dan lawan sekiranya ada pertuduhan di mahkamah nanti," tegasnya.

Selain beliau beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat turut disiasat sebelum ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim GUan Eng, Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub serta Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah.

Anwar disiasat di bawah seksyen 112, Kanun Acara Jenayah berhubung empat laporan polis yang dibuat terhadap beliau mengenai kandungan ceramah beliau di Kampung Baru (Bukit Mertajam), Batu Maung, Kepala Batas dan Kubang Semang, Pulau Pinang.

Tiga laporan itu dibuat oleh pihak polis dan satu dari orang awam bersabit siri ucapan yang disampaikan di tiga majlis sambutan Tahun Baru Cina dan satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat.SK

Video:Polis Siasat Anwar Di Ibu Pejabat KEADILAN



PETALING JAYA 11 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disoalsiasat lima pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Pegawai polis tersebut tiba di ibu pejabat KEADILAN pukul 11.25 pagi dan menemubual Anwar di tingkat tiga.

Semasa soalsiasat Ketua Pembangkang itu ditemani oleh Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa selaku peguam dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin.

Difahamkan polis mengambil keterangan daripada Anwar berhubung empat laporan polis dari Batu Maung, Kepala Batas, Kampung Baru (Bukit Mertajam) dan Kubang Semang terhadap ceramah beliau di Pulau Pinang.

Anwar dijangka mengadakan sidang media selepas memberi keterangan beliau kepada pihak polis.SK

Zulkifli Nordin dakwa seorang lagi insan berkualiti akan keluar PKR

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu yang dipecat dari PKR Sabtu lalu, berkata seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti itu tidak lama lagi.

Menurutnya, riwayat PKR akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR gagal ditangani.

"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak
boleh dipersoalkan.

DAP mula faham Islam -Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerjasama antara Pas dan DAP membuahkan hasil yang baik apabila pemimpin parti itu mula memahami agenda perjuangan Pas serta agama Islam.

Menurutnya, Pas bertanggungjawab melaksanakan agenda dakwah memandangkan budaya negara ini tidak mendekatkan orang Islam kepada masyarakat bukan Islam.

“Di Malaysia tak ada langkah nak perkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Tok guru dan tok lebai kita tak fikir bagaimana nak suruh orang masuk Islam, sekarang kita sudah dekatkan Islam kepada DAP, di mana salah kami?,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pas lebih berminat bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, DAP pernah bertindak keluar dari persefahaman satu ketika dahulu kerana tidak bersetuju dengan penggunaan nama Islam pada parti tersebut.

“Alhamdulillah mereka sekarang ini tidak marah. Dulu waktu kami dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), DAP paksa kami buang Islam dari Pas, kami kata tak boleh, Alhamdulillah, (sekarang) tanda mereka faham apa yang kami bawa ni bukan agama Islam yang menakutkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berkata, Kerajaan Negeri belum bercadang mengambil langkah mencatu bekalan air di negeri Kelantan berikutan keadaan kemarau, namun menasihatkan rakyat berjimat cermat.SH

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Meninggal Dunia


CAIRO: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.
Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.
Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP