Jumaat, 5 Februari 2010

Video:Demo masjid wilayah persekutuan Bantah Fitnah ke-2 atas Anwar




Kuala Lumpur: Pendakwaan liwat kali kedua ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibantah. Sekumpulan penunjuk perasaan dari pelbagai kaum menunjuk perasaan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan berhampiran kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas solat Jumaat di sini, hari ini.

Para demonstrator membawa kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’. Mereka melaungkan Reformasi dan mengutuk pendakwaan yang hanya bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar.

Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua, menyatakan kes Anwar hanyalah ulangan dari kes 1998 yang hanya punya satu matlamat iaitu menzalimi seorang peribadi untuk membenarkan Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.

“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.

Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak regim BN untuk meneruskan kekuasaan. Oleh itu para penggerak Reformasi akan kembali bersatu untuk menggerakkan perhimpunan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.

Perhimpunan aman itu berakhir dalam masa lima belas minit tanpa gangguan polis. - erapakatan.com

Video:Protes Bantah Guan Eng Di Pulau Pinang




S
ekumpulan pertubuhan bukan kerajaan Melayu mengadakan protes di bangunan Komtar di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri, yang didakwa diskriminasi, merobohkan gerai-gerai haram kendalian orang Melayu di negeri itu.

Patung Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dibakar dalam protes itu yang diadakan selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Jamek Simpang Enam sebelum sembahyang Jumaat dan kemudian berjalan kaki ke arah Komtar, yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan negeri untuk menyerahkan memorandum kepada Lim.

Polis gagal dalam menahan kumpulan berkenaan daripada menuju ke premis itu.

Protes itu diaturkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Turut mengambil bahagian ialah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas dan berucap pada majlis itu.

Selepas gagal menemui Lim di pejabatnya, kumpulan itu membakar patung Lim dan juga memorandum.

Kumpulan itu mendesak Lim meletakkan jawatan.

Kumpulan ini mahu mengadakan perhimpunan yang sama selepas ini jika keadaan tidak berubah.Sumber

Tok Guru Nik Aziz:Umno Nak Jadi MB Kelantan? Boleh.. Syaratnya..




Temuramah pihak media dengan Tok Guru Nik Aziz selepas Kuliah Jumaat mingguan di Dataran Ilmu Kota Bharu, 5 Februari 2010.SUMBER

Tunggakan cukai: YBK akan buat laporan polis





Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) akan membuat laporan polis kerana mendakwa berlaku salahguna kuasa menteri besar dan kerajaan Selangor yang memulangkan semula bayaran tunggakan cukai tanah milik yayasan itu.

ybk press conference 03Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata laporan itu akan dibuat mengikut Seksyen 2, Ordinans Darurat atas dakwaan salah guna kuasa.

Bercakap dalam sidang media di pejabat yayasan itu hari ini, Zainal mendakwa bahawa kerajaan negeri mempunyai "motif yang jelas" terhadap YBK apabila enggan menerima bayaran yang dibuat itu.

Mesyuarat exco Selangor pada 3 Februari lalu memutuskan untuk memulangkan semula bayaran cukai tanah berjumlah RM5.7 juta.

Zainal Abidin hari ini mengesahkan menerima dua keping cek daripada Pejabat Daerah Hulu Selangor, semalam.

ybk press conference 02"Sepatutnya kena ada pengesahan minit dulu, baru ada tindakan, tetapi pada 3 Februari mesyuarat exco, pada 4 Februari dah dipulangkan semula (bayaran) kepada YBK," katanya.

Beliau turut mempertikai tindakan kerajaan negeri untuk 'merampas' tanah tersebut.

"Sebab rampas tidak ada kena mengena dengan notis 6(A). Kalau bawah 6(A), tanah masih lagi hak kita.

"Kalau notis dikeluarkan bawah notis 8(A) barulah tanah tersebut sudah jadi hak kerajaan," katanya.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri memulangkan bayaran yang dibuat oleh Yayasan Melaka bagi pihak PYBK itu, juga "tidak mengikut budi bicara."

Zainal Abidin berkata, walaupun YBK telah memberi penjelasan, tetapi kerajaan negeri tetap memulangkan bayaran tersebut.

ybk press conferenceKatanya, firma guaman Kamarul Hisham dan Hasnal Redzua telah menghantar satu notis bagi pihak yayasan itu kepada kerajaan negeri, juga pada 3 Februari.

Antara penerima surat berkenaan ialah penasihat undang-undang negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri, pejabat tanah dan galian, serta pejabat tdaerah Hulu Selangor.

"Tetapi pada 4 Februari, kami terima surat bersama cek yang dipulangkan itu, yang kata Yayasan Melaka tidak layak bayar bagi pihak YBK," katanya lagi.
Mkini

Gambar:Rumah Mewah Orang Kaya Dan Kenamaan Di Malaysia Siri 2


Ini merupakan paparan bagi siri yang kedua dan artikel hari ini merupakan sambungan daripada (Gambar) Rumah Mewah Orang-orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia. Kalau diikutkan inilah yang dikatakan rumahku syurgaku. Betul ker?
Rumah Allahyarham Datuk Zakaria, bekas ahli Dewan Undang Negeri Pelabuhan Klang suatu masa dahulu.

Rumah dan villa Datuk Mukhriz Tun Mahathir, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia




Rumah Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau dahulu beliau menjaga dan mengendalikan beratus-ratus anak syarikat ketika beliau menjadi CEO Kumpulan Guthrie Berhad. Sekarang ini beliau merupakan Menteri Besar Selangor.

Keterlanjuran Nasir Safar: "1Malaysia" di-sabotaj?

Keterlanjuran Pegawai Khas Perdana Menteri, Nasir Safar dalam seminar "1 Malaysia" di Melaka pada 2 Februari dengan kenyataan perkaumannya, berakhir dengan perletakan jawatan dirinya, dan disusuli dengan siasatan polis di bawah Akta Hasutan 1948.
Berita ini mendapat liputan luas dalam media bahasa Cina, malah mengundang komen daripada penganalisis politik dalam kolum masing-masing.  Sementara di akhbar bahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, berita ini hanya mengisi ruang yang kurang menonjol.
Kenyataan Nasir Safar seperti yang dilaporkan, "kaum India dan Cina adalah pendatang", "Cina terutamanya wanita datang untuk jual tubuh", bukannya sesuatu yang baru, seandainya kita belum terlupa Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera yang bernama Ahmad Ismail (gambar kanan).
Namun, disebabkan Nasir Safar sebagai orang yang berada di sisi Najib Abdul Razak, yang dikhuatiri akan mencalit gagasan "1Malaysia"-nya, maka beliau "dikorbankan", sebelum lumpur padanya terpalit kepada yang lain.