Jumaat, 5 Februari 2010

Video:Demo masjid wilayah persekutuan Bantah Fitnah ke-2 atas Anwar




Kuala Lumpur: Pendakwaan liwat kali kedua ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibantah. Sekumpulan penunjuk perasaan dari pelbagai kaum menunjuk perasaan di hadapan masjid Wilayah Persekutuan berhampiran kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas solat Jumaat di sini, hari ini.

Para demonstrator membawa kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’. Mereka melaungkan Reformasi dan mengutuk pendakwaan yang hanya bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar.

Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua, menyatakan kes Anwar hanyalah ulangan dari kes 1998 yang hanya punya satu matlamat iaitu menzalimi seorang peribadi untuk membenarkan Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka.

“Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya.

Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak regim BN untuk meneruskan kekuasaan. Oleh itu para penggerak Reformasi akan kembali bersatu untuk menggerakkan perhimpunan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu.

Perhimpunan aman itu berakhir dalam masa lima belas minit tanpa gangguan polis. - erapakatan.com

1 ulasan:

  1. terim ajelah hakikat anwar brahim bukan maksum..seperti org lain yg terkadang lupa pada ajaran agama..

    anwar seperti org bernafsu lain juga..yang terkadang lupa,mangsa anak kandung sendiri

    anwar mungkin ingat..duit,seluar dalam dan kasih sayang bernafsu boleh menyelamatkan nafsu songsangnya..ttp,anwar lupa saiful bukan seperti jangkaannya

    BalasPadam