Khamis, 14 Januari 2010

Lebih 5000 Sambut Kepulangan Pemangku Raja Kelantan



PENGKALAN CHEPA, 14 Jan: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini penuh sesak dengan kebanjiran orang ramai bagi menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.
Baginda tiba jam 4.28 petang dan ketika keluar dari bilik istirehat diraja, Pemangku Raja melambaikan tangan sambil mengucapkan terima kasih berulang kali kepada orang ramai.

Wajah Tengku Muhammad Faris jelas terharu dan kelihatan mengalir air mata dengan kehadiran rakyat jelata.
Baginda berpakaian baju Melayu berona merah terang.
Sebelum baginda berangkat ke istana, baginda dan pemimpin negeri mengaminkan doa dibaca Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Che Rahim Jusoh.

Gurdial Anggap Baling Batu Kerja Budak Nakal


Video Ehsan Greenboc



Presiden Kuil Sikh Gurdwara Sentul, Gurdial Singh Thoonda menifatkan tindakan membaling batu ke kuil itu tindakan nakal individu tidak bertanggungjawab.

Beliau juga percaya kejadian itu tidak ada kaitan dengan serangan ke atas beberapa gereja sejak Jumaat lepas berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh Majalah The Herald.

“Kita anggap orang main-main. Tidak, bagi kita ianya isu kecil dan kita tidak mahu mainkan isu ini. Kita harap polis dapat menyelesaikannya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui TVSelangor di kuil berkenaan pagi tadi.

Semalam kaca di sebelah pintu masuk kuil tersebut didapati pecah akibat dilempar dengan batu jam 6.40 petang semalam.TVS

Katanya, insiden hanya disedari beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, ternampak batu dilempar ke pintu masuk bilik sembahyang kuil tersebut.

“Mereka dengar bunyi batu dibaling, selepas menyiasat pekara itu, mereka menghubngi polis. Kemudiannya mereka memberitahu saya dan saya datang untuk membuat laporan polis.

“Tidak berapa teruk, hanya satu cermin pecah tetapi mereka membaling lebih kurang 20 batu,”katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman yang mengesahkan insiden itu berkata pihaknya telah mengambil sampel batu yang dilemparkan dan siasatan dijalankan. -TVS

Kelantan tidak benarkan penggunaan kalimah Allah -Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengambil pendirian yang sama dengan Selangor dengan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam di negeri ini bagi mengelakkan timbulnya ketegangan di kalangan masyarakat di negeri ini.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan arahan rasmi seperti yang dilaksanakan di Selangor memandangkan tidak ada lagi insiden yang memburukkan keadaan berlaku di negeri ini.

Tok Guru Nik Aziz: Politik suku agama suku punca Melayu lemah


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/KonvensyenPakatan%20073.jpgKOTA BARU, Jan 13 – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya amalan agama suku politik suku menjadi punca kekuatan orang Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di kalangan masyarakat dalam negara. “Dasar, ataupun prinsip itu ternyata bercanggah dengan apa yang dilakukan Nabi. Bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

“Disebabkan percanggahan-percanggahan sedemikianlah timbulnya pelbagai kecelaruan. Dan kecelaruan itu sebenarnya berpunca dari kelemahan orang Melayu sendiri, orang Melayu yang memperlekehkan agamanya sendiri.