Sabtu, 25 Disember 2010

Video : Kerajaan Negeri Terengganu Bankrap ???




KUALA TERENGGANU – Banyak penyelewengan yang telah di lakukan oleh Umno dalam pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, politik, dan undang-undang.

Ahli-ahli dan penyokong PAS digesa menggunakan isu penyelewengan tersebut bagi membuktikan kepada rakyat bahawa, sudah tiba masanya PAS menggantikan Umno sebagai pemerintah.

”Penyelewengan-penyelewengan Umno dalam banyak bidang. Bidang ekonomi, bidang politik, bidang undang-undang dan sebagainya,

“maka, kita guna itu semua untuk membuktikan betapa PAS mesti ganti Umno. Sama ada disukai oleh Umno atau tidak disukai oleh Umno,”kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib ketika berucap dalam Seminar ‘PAS Ganti Umno’ (PGU), di Kuala Ibai, disini, semalam.

(Gambar - Melempah keluar! para peserta seminar PGU terpaksa mendengar ucapan dan pembentangan dari luar dewan)

Menurut Ustaz Harun, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan negeri Terengganu ‘hampir bankrap’ kerana telah membelanjakan wang dengan begitu banyak.

“Negeri Terengganu ini duit banyak tapi belanja tidak cukup. Terengganu ini hampir bankrap dan boleh kata bankrap lah.

”dalam (pembentangan) Bajet 2011 (di Sidang DUN) baru-baru ini habis pitis (wang) tinggal RM200,000 sahaja,”jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir.

Ustaz Harun mendakwa, Umno Terengganu bukan sahaja membelanjakan wang royalti petroleum, bahkan wang dari sumber ‘Kumpulan Wang Disatukan’ juga habis.

“Habis pitis (wang) dia buat belanja belaka. Pasal apa pitis itu bukan pitis dia, pitis orang dia buat belanja juga…sebab itu, saya kata kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu ini ‘kemaruk’.

”Pitis royalti (petroleum), pitis itu, pitis ini dia buat belanja belaka, dia panggil pitis Kumpulan Wang Yang Disatukan. Duit ini habis dia belanja tidak ada ‘skepeng habuk’,

”selepas itu belanja lagi dia ambil pitis mana, Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan. Wang kita bayar deposit, bayar api, bayar air macam-macamlah. Habis dia ambil dia buat belanja,”tegasnya.

Beliau mendedahkan, baki akaun kewangan kerajaan Terengganu sebenarnya tidak ada dan nilai RM200,000 itu wujud apabila dicampur dengan wang dari Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan