Khamis, 30 Disember 2010

Putrajaya Dan Jakarta Digesa Siasat Kes Menteri Rogol Pembantu Rumah


SHAH ALAM 30 DIS : Putrajaya dan Jakarta digesa bertindak atas dakwaan seorang Menteri kanan Kabinet Perdana Menteri Najib Razak merogol pembantu rumahnya dari Indonesia sebagaimana yang didedahkan oleh Wikileaks.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita, Irene Fernandez menegaskan Malaysia tidak harus menutup kes itu, sebaliknya mengambil tindakan tegas demi menegakkan keadilan.
Menurut Wikileaks, pembantu rumah itu mengaku di rogol oleh menteri berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia.
Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan atas hasil siasatan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menemuramah mangsa berkenaan di Jawa Tengah pada tahun sama.
k Migrant Care turut hantar laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.
Selain pejabat Tun Abdullah, Migrant Care turut menghantar hasil siasatannya itu kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Hasil siasatan Migrant Care itu dibocorkan oleh wikileaks baru-baru ini dan menjadi berita utama di alam siber malaysia.
"Dikatakan bahawa menteri itu masih menteri, masih dalam kabinet dan sekiranya benar saya rasa amat pentinglah bagi kerajaan untuk membersihkan nama kerajaan. Menteri-menteri kabinet tak ramai, walaupun kita ramai tinbalam menteri, tapi orang semua memikirkan yang mana satu," kata Khalid.
"Sebaik-baiknya kerajaan mengambil tindakan, samada untuk menafikan, atau membuktikan sebaliknya ataupun sekiranya benar, mengambil tindakan terhadap menteri tersebut. Kita difahamkan bahawa mangsa adalah pembantu rumah Indonesia yang telah berkahwin," tambah beliau.

Irene turut menggesa jakarta mengambil iktibar supaya mempertahankan hak rakyatnya.
" Jangan ketepikan atau tutup kes ini. Rakyat mesti tahu siapa Menteri yang terlibat. Saya berharap pemerintah Indonesia mengambil ambil berat dan jangan ada persoalan diplomatik kerana sesiapa yang membuat jahat mesti bertanggungjawab," kata beliau.
Khalid dan Irene bersetuju atas keperluan Malaysia dan Indonesia menyiasat laporan Migrant Care bagi memastikan kesahihan dakwaan itu demi membela imej kedua-dua negara itu sendiri.
"Sekiranya kerajaan tidak membuat apa-apa maka ianya akan menjejas hubungan kita dengan Indonesia di mana tanggapan orang Indonesia bahawa orang Malaysia pandang hina terhadap rakyat Indonesia itu akan terbukti benar, kalau kerajaan hanya mendiamkan diri," tegas Khalid.
"Tak lamalah, cerita ini akan keluar, (mungkin) dengan lebih butiran lagi. Saya rasa kerajaan Malaysia harus mementingkan hubungan dengan Indonesia dan mementingkan keadilan. Kalau ada menteri yang terbabit, beliau harus digantungkan jawatan sehingga namanya dibersihkan ataupun sebaliknya," tambah beliau. TVS

1 ulasan:

  1. Menteri yang terlibat amat bijak menggunakan pepatah dan petitih.Untuk beliau dikatakan "Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan sehelai daun keladi".

    BalasPadam