Isnin, 6 Disember 2010

Istana Kelantan Sahkan Lucut Pingat Ku Li


SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN

KENYATAAN AKHBAR

Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, telah mengampuni perkenan perkara berikut:

1. Menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi I) yang telah dianugerahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, No. K/P: 370413-03-5083, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

2. Menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili II) serta Pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) yang telah dianugerahkan kepada Dr Haji Yaacob Hussain Merican, No. K/P: 380920-03-5597, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

Kedua mereka yang terbabit dalam penarikan di atas telah dimaklumkan melalui surat pada tarikh-tarikh tersebut.

Adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua.

(DATO’ SERI SETIA RAJA DATO’ HAJI MOHD AISERI ALIAS)
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

ARTIKEL BERKAITAN DISINI

1 ulasan:

  1. Bagus!!! Tahniah dan Syabas kepada Tuanku Baginda Sultan Muhammad V... ALLAH HU AKBAR!!! 3X. Semoga Allah S.W.T akan terus memberkati dan melindungi kerajaan Tuanku dan tunjukkan siapa lagi pengkhianat2 dalam selimut dalam kerajaan Tuanku.

    TAKBIR!!!

    BalasPadam