Terdesak dengan sokongan yang semakin rapuh di kalangan orang Melayu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal sampai mencadangkan agar parti berkenaan menggiatkan usaha mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.
Alasan yang diberikan neliau pula adalah kerana, masjid merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".
"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum,' katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini.
Shafie, yang juga menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.
Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.
"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.
Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.
Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru. - Malaysiakini

Salam.
BalasPadamLambang kekalutan minda seorang Naib Presiden UMNO.Begitu takut dengan pengundi Melayu.Saya sebagai seorang Melayu yang berbangga dengan title seorang Muslim dan tidak sesekali meletakkan MELAYU di kedudukan tertinggi daripada ISLAM terkejut dengan cadangan ini.
Terfikirkah beliu bahawa title MELAYU yang umno bawa itu akan berakhir bila BERCERAI ROH DARI JASAD.
Selepas itu, MELAYU yang dilaungkan oleh pemimpin umno ini tidak berguna walau sebesar zarah semasa di yaumulmahsyar.Syafaat siapa kah yang membantu umat Melayu negara ini nanti?. Adakah Najib, Mahathir , Ibrahim Ali, SAli Rustam?.Adakah mereka ini akan memberi syafaat kepada umat Melayu Islam di sana nanti?..
FIKIRKAN BERSAMA KERANA "MATI HANYA TERLETAK ANTARA SATU KERDIPAN MATA SAHAJA".
ulasan yang menarik...
BalasPadamDiMalaysia ni agama adalah dibawah kuasa Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan,bukan UMNO.Nak dengar apa yang akan dititahkan oleh Majlis Raja-Raja.Dinegeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kelantan,Selangor,Kedah dan Pulau Pinang,sudah pasti UMNO tak ada kuasa tapi jika cadangan Shafiee Afdal ni dilaksanakan dinegeri-negeri perintah UMNO,bermakna dinegeri-negeri Pakatan Rakyat,akan ikut sama.
BalasPadam