Ahad, 10 Oktober 2010

Penduduk Serbu Rumah Gadis Rakam Gambar Jin Dalam Botol


Jertih: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.

TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.

Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.


ULASAN

Kewujudan jin sebagai makhluk Allah selain daripada manusia memang ada. Ini dinyatakan di dalam Al-Quran.

TETAPI menyatakan jin itu boleh membawa menafaat atau mudharat kepada kita, itu adalah salah dan tidak boleh menjadi pegangan, kerana "Innallahu 'ala kulli syain qadiir"... Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Kisah-kisah jin yang berlaku di dalam masyarakat hanyalah tipu daya syaitan yang dengannya manusia boleh disesatkan terutama mereka yang tidak berpengetahuan atau cetek pendidikan agamanya. Terpulang pada kebijaksanaan pembaca untuk menilai akan kebenaran catatan diatas....

1 ulasan:

  1. kah kah kah!
    bodoh melayu ni tak habis-habis, dah masuk masuk 2010, tapi otak masih lagi tahun 1800.
    Kalau dengan budak tak mumayiz pun orang melayu boleh kena tipu. Maka tiada sebab orang melayu tak boleh ditipu oleh UMNO.
    Kalau gila sangat nak tengok jin, biar aku tunjukkan 5 ekor jin.

    ج ج ج ج ج

    BalasPadam