Sabtu, 23 Oktober 2010

Laman Facebook Anti-Warisan Merdeka lepasi aras 100,000 ahli



UNTUK BESARKAN ' KLIK PADA GAMBAR '

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Jumlah ahli yang menandatangani kempen Laman Facebook Anti Warisan Merdeka yang membantah cadangan pembinaan Menara 100 tingkat kini sudah melebih 100,000 tandatangan.
Tinjauan ke laman web Facebook terbabit mendapati setakat jam 1.05 pagi ini, lebih 108,000 pengunjung memberikan sokongan untuk "kata tidak kepada warisan merdeka".
Laman Facebook berkenaan diilhamkan oleh beberapa individu yang tidak dikenali bertujuan membantah rancangan pentadbiran Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak untuk membina bangunan cakera langit setinggi 100 tingkat di kawasan yang menempatkan dua ikon bersejarah, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Kempen yang dilaksanakan melalui laman Facebook berkenaan mendapat sambutan yang begitu mengejutkan dengan menyaksikan dalam tempoh tujuh hari Najib mengumumkan pembangunan pembinaan menara tersebut dalam pembentangan Bajet 2011 telah mencetuskan reaksi spontan di kalangan pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat dan rakyat jelata pelbagai kaum
Penyelaras laman facebook berkenaan dalam tulisannya berkata," Rakyat Malaysia menyatakan 'Tidak" kepda projek mega pembinaan menara 100 tingkat yang dicadangkan Perdana Menteri Najib dalam pembentangan Bajet 2011. Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang lebih baik dan pengangkutan awam yang lebih baik, persekitaran yang selamat, air bersih tetapi bukan bangunan yang lebih tinggi. Kami tidak perlukan sebuah lagi gajah putih. Adakah anda bersedia untuk bertindak?"

Jelas sekali laman facebook yang terbitkan oleh sebuah kumpulan lain yang memihak dan menyokong pembinaan menara berkenaan hanya mendapat sokongan dan keahlian berjumlah 244 ahli pada waktu yang sama.
Petanda perbezaan antara kedua-dua laman tersebut memberikan petunjuk jelas bahawa pentadbiran Najib kemungkinan bakal menghadapi halangan untuk meraih sokongan kepada apa yang sepatutnya menjadi simbol kejayaan kepada rakyat di negara ini.
Bagaimanapun, pengendali web anti-warisan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan termasuk menyaksikan Laman Rangkaian Sosial, Facebook bertindak menyekat akses laman berkenaan beberapa hari lalu.
Laman web Facebook tersebut telah menyekat akses kepada pelawat laman tersebut daripada menulis sebarang komen namun masih membenarkan pelawat untuk menjadi ahli kepada laman web berkenaan.
Laman bertajuk "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" tersebut pada ketika itu sudah mendaftarkan puluhan ribu peminat yang memberikan sokongan.
Dalam pada itu, pengendali dan pemilik laman tersebut yang tidak dikenali dalam tulisannya di laman tersebut telah menyifatkan tindakan pengurusan Facebook menghalang akses pelawat memberi komen sebagai satu bentuk pengekangan kebebasan di Internet.TVS

1 ulasan:

  1. Shabas!!! Ada baiknya buka lagi laman-laman Facebook mendesak semua pelabur kepada PNB mengeluarkan saham dari PNB secepat munkin sebelum wang mereka hangus.Kalau sekadar cakap " Anti-Warisan" aje,Najib dan PNB tak faham.Kena ada "action" dan sebaik-baik tindakan ialah,pelabur-pelabur PNB beratur panjang-panjang keluarkan saham masing-masing dari PNB.

    BalasPadam