KOTA BHARU - Isteri kedua Sultan Ismail Petra, Elia Suhana Ahmad hilang perintah hak lawatan terhadap suaminya selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menerima permohonan bantahan awal Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid.
Hakim Mohammed Yusoff Awang dalam penghakimannya bersetuju dengan permohonan isteri pertama bekas Sultan Kelantan itu berhubung dengan hak lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana pada 4 Februari lalu.
Dalam keputusan itu, mahkamah memutuskan Elia Suhana hilang hak lawatan tersebut kerana penyampaian atau perintah hak lawatannya ke Singapura tidak sah kerana mahkamah di sini tidak mempunyai bidang kuasa melangkau sempadan dua negara.
"Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa untuk penyampaian (melaksanakan perintah) di luar Kelantan tetapi masih dalam Malaysia.
"Mahkamah turut menerima permohonan Tengku Anis untuk mengetepikan perintah lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana sebelum ini tanpa memberikan penjelasan lanjut," katanya.Kosmo
lawa jugak kan si elia suhana ni
BalasPadampehh kalo aku jumpe dia
cukup ah sekali pum tak pe