Ahad, 3 Oktober 2010

Ceramah Umno Besut : Maki Hamun Dan Sumpah Seranah Yang Amat Biadab




MARANG - Tindakan Umno Bahagian Besut mengadakan ceramah dengan memaki hamun dengan menggelar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato; Nik Aziz Nik Mat sebagai 'Tok Guru Gila' adalah suatu yang amat memalukan dan amat biadap.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata tindakan Tok Guru selaku Menteri Besar Kelantan memberikan tanah kepada rakyat termasuk kepada orang-orang Cina adalah tidak menjadi kesalahan bahkan ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

"Ia sangat memalukan dan sangat biadap, bila menganggap Tok Guru (Nik Aziz) gila, apatah lagi dalam kononnya memberi tanah kepada orang bhukan Islam, sedangkan ia merupakan satu benda yang tidak menjadi kesalahan, sebaliknya menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk memberi tanah, menyediakan tanah masyarakat dan rakyat,"tegas Mahfuz ketika ditemui selepas Majlis Pidato Ijtimak Tarbawi, disni semalam, 2 Oktober.

Menurutnya, ia menyerlahkan ketidakmatangan pemimpin Umno berpolitik yang sudah ketandusan modal dan menyerang secara peribadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pkok Sena memulangkan 'Paku Buah Keras' kepada pemimpin Umno dan menyarankan supaya mereka sepatutnya turut menggelar dan menanggil pemimpin utama mereka sendiri sebagai 'orang gila'.

"Itu menunjukkan pulang 'Paku Buah Keras', (kerana) Umno pun bagi (tanah kepada orang Cina), adakah dia nak kata Tun Dr Mahathir (seorang ) gila? adakah dia nak kata Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) itu gila?

"(dan) pemimpin-pemimpin besar Umno yang memerintah negeri-negri juga gila (kerana mmberikan bantuan kepada bukan Melayu),"jelasnya.

Ceramah anjuran oleh Umno Bahagian Besut bertajuk 'DAP anti-Islam' yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Besut bukan sahaja telah menyerang dan menfitnah DAP sebagai parti yang anti Islam, malah turut memaki hamun pemimpin PAS dan PKR.

Menurut Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim, penceramah yang diundang telah menggunakan perkataan ‘gilo’ (gila) dan menujukannya kepada Mursyidul Am PAS.

"Tak kurang dari 30 kali perkataan ‘gilo’ diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. “Baso gilo”, “puak-puak gilo”, “jenis gilo”, “orang gilo”, “Nik Aziz gilo”, “gilo nok jadi PM”, “menate gilo”, “kena masuk hospital gilo”, “penyakit gilo”, “pemimpin gilo” dan macam-macam lagi jenis ‘gilo’ yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah ‘Tok Guru’ ni?,"kata Dr. Azman dalam tulisannya yang dihantar kepada Buletinonline.

Dr.Azman yang dalam perjalanan dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, telah berhenti di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno dan mendengar sendiri maki hamun dan sumpah seranah yang diucapkan oleh penceramah.BO

3 ulasan:

  1. Alah korang punye maki hamun ape kurangnye.Tak payah nak berlakon baikla.Datang ceramah PAS di Kelantan kalau nak tahu.

    -oghe pasir mas-

    BalasPadam
  2. mu bodo sokmo oghe pas maki hamun utk kesedaran agama bukan amno maki hamun nak pulus betino naik pangkat takut hilong kuaso dah bertahun mentedarah kuaso tak cukop2 agi.....ini oghe pasir berdegung nak goyak bodo....punyo oghe kalau aku nik ajiz aku teiii....mu......

    BalasPadam
  3. OO makin hamun utk ksedaran.Nabi tak ajar maki hamun.Nik aziz wali selipar maki hamun xpe.Dasar taksub babi buta.Inila bila islam digunakan utk politik. Nok tei ambo ko..heheh.Tok guru nok tei ambo.mano bleh isle suruh baik sangka dan pemaaf. Islam kulit belako pok2 mun ni.Duit pun make bini pun ramai.

    BalasPadam