Isnin, 6 September 2010

Klip video wanita diheret polis


KLIP video menunjukkan detik-detik Pamela Somerville diheret ke bilik tahanannya di bandar Melksham Wiltshire, Britain pada Julai 2008.

MELKSHAM - Satu klip video yang mengejutkan menunjukkan seorang wanita, Pamela Somerville berumur 57 tahun diheret oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan dan menumbuknya sehingga pengsan ke bilik tahanan sebuah balai polis di bandar Melksham, Wiltshire, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman itu yang diperoleh akhbar berkenaan menunjukkan Pamela yang merupakan seorang penyelidik pasaran terpaksa membuat panggilan interkom bagi meminta bantuan kerana darahnya terpercik ke lantai bilik tahanannya disebabkan matanya bengkak akibat dipukul.

Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital tetapi tangannya masih bergari semasa mendapat rawatan.

Kejadian itu berlaku pada 2008 tetapi pegawai polis yang memukulnya itu, Sarjan Mark Andrews, 37, akan dihukum esok selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret Oxford kerana memukul Pamela pada pagi Julai 2008.

Insiden itu bermula selepas Pamela didapati tidur di dalam kereta di sebatang jalan raya luar bandar.

Polis menyatakan dia ditahan kerana keenggannya untuk memberikan sampel nafasnya tetapi wanita tersebut menafikannya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan