KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.
Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.
"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.
"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.
"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.
Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .
Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.
"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.
Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.
Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.Hrkh

salam,
BalasPadampraktik membaca tanda/petanda yang disebut semiotik dalam teks media seperti iklan jelas digunapakai oleh pemilik facebook ini. walaupun kadangkala gelojoh menunjukkan ideologi pemikiran 'islam'nya, ada juga petanda yang tidak diungkap kerana pembacaan beliau bersifat arbitrary iaitu terpilih. apa yang boleh dibaca selain itu ialah iklan ini telah berjaya mendapatkan respon yang ditunggu2 oleh pihak tertentu iaitu panik dan kecelaruan dan amarah di kalangan yang pandai membaca tanda/petanda yang bernuansakan mitologi Kristian. perhatikan betapa ramai yang terpanggil mengulas dan membuat aduan polis. kalau orang Islam boleh terpanggil, tak mungkin ketua tv3 dan konco-konconya buta media dalam meluluskan iklan raya ini. sesuatu telah disepakati diantara media tv3 dan pihak2 berkuasa yang akan mendengar aduan2 dan bacaan2 kita seperti pemilik facebook tadi. seakan-akan ini dirancang menjadi sebahagian fenomena politik bulan ramadan yang terancang dan sophisticated yang melibatkan agama, budaya non-Islam non-Melayu bertembung dengan persepsi dan praktik arus perdana nenek moyang Melayu-islam di Malaysia. apakah nanti menjadi kemuncaknya pemerintah zalim negara ini menggunakan ISA untuk menghapuskan suara-suara kritikal atas nama perpaduan dan kesejahteraan? lebih ramai dan lebih ekstrim orang Islam/Melayu-nonIslam/nonMelayu bercakaran tentang makna lagu (Namewee), makna iklan (TV3), makna dan manipulasi gambar (YBTeo) dan grafik (YBLGE), makna Allah (Facebook Katy Lim) dan lain2 lagi; lebih kuat suara-suara PAS, PERKASA, PAKATAN dan UMNO bertekak; maka cukup sudah justifikasi dan sifat sebuah kondisi darurat berISA untuk kedua kalinya - lagi pun ramai yang tidak pernah merasainya. dan alangkah ruginya segala usaha kearah PRU13 kita nanti. perang saraf sebegini perlu ditangani dengan santai, sinis dan sofistikated juga. Maju Terus!