“Sama ada nak dedah rahsia mereka, terpulang kepada saya kerana saya hanya akan menari ikut rentak.
“Kalau cakap pasal mereka makna adalah sesuatu yang saya tahu,” katanya ketika sidang media di pejabat Suara Perkasa Sdn Bhd di sini di sini.
Presiden Perkasa itu berkata bahawa beliau bersedia menghadapi apa sahaja kritikan daripada mana-mana semua pihak termasuk pemimpin Umno.
“Saya bukan penakut, saya sedia hadapinya jadi tidak perlu nak paksa saya.
“Kalau saya cakap akan dedah maknanya akan dedah, saya nak tengok siapa tekan siapa dulu,” katanya.
Ketiga-tiga pemimpin Umno tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sebelum ini, Nazri mencabar Ibrahim supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.
Beliau menegaskan, ugutan Ibrahim baru-baru ini sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.
Dalam program Perkasa di Pasir Mas baru-baru ini, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno tersebut supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “Saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan