Jumaat, 3 September 2010

Fitnah PAS: Lagi laporan polis terhadap Zam


KUALA LUMPUR, 3 Sept: Dewan Pemuda Selangor dan Perak membuat laporan polis hari ini terhadap Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) berhubung kenyataannya yang mengaitkan PAS dengan ekstrem.

Ustaz Hasbullah mengetuai Pemuda PAS Selangor membuat laporan berkenaan di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, Bukit Idaman pada jam 10.00 pagi.

Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh pula dijangka akan membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh pada jam 3.00 petang.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah membuat laporan berhubung kenyataan bekas Menteri Penerangan itu di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib, di sini.

Zam mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Idris berkata, PAS menganggap tuduhan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti itu.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat,” katanya.Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan