Isnin, 27 September 2010

Bila Zaid Diinterviu Mingguan Malaysia

DALAM akhbar Mingguan Malaysia terbitan Utusan Melayu semalam ada menyiarkan temuramah Zaid Ibrahim yang menyentuh khusus mengenai isu perebutan jawatan dalam PKR khasnya mengenai perebutan jawatan timbalan presiden PKR yang akan tertumpu kepada beliau dengan Mohamad Azmin Ali. Wakaupun ada seorang lagi calon Mustafa Kamil Ayub tetapi perlawanan hakikatnya kini adalah antara Zaid dengan Azmin.

Saya sedikit terkejut dan tidak sangka kalau Zaid memilih media itu untuk dijadikan wadah baru kempennya.

Saya juga seorang terbuka dan berpegang kepada profesional. Tetapi bagi saya sikap terbuka dan liberal Zaid dalam memilih akhbar berkenaan untuk meluahkan perasaanya dan sedikit sebanyak menjelaskan hasratnya bertanding tidak begitu tepat dan boleh memberi kesan negatif kepadanya juga.

Zaid mungkin dapat meluahkan segala hajatnya, atau tidak mempunyai media lain untuk berbuat demikian maka beliau perlu menerima akhbar berkenaan. Tetapi sepatutnya sebelum beliau menerima akhbar berkenaan beliau seharusnya menghitung dulu apakah kesediaan untuk diinterviu oleh akhbar itu memberi keuntungan kepadanya atau pun tidak. Beliau juga sepatutnya pandang belakang melihat apa yang telah akhbar itu lakukan kepadanya dan juga partinya itu.

Sebagai ahli politik Zaid bukan saja perlu tegas dan berani tetapi beliau juga kena bijaksana. Beliau tidak boleh melihat atau merasakan sikap terbuka dan profesional yang ada kepadanya, juga ada kepada orang lain. Beliau perlu melihat sentimen ahli PKR dengan akhbar berkenaan. Bukankah akhbar berkenaan ditolak oleh PKR dan dari keadaan itu apa sebenarnya yang Zaid harapkan dari interviu berkenaan. Justeru saya melihat yang untung daripada interviu berkenaan akhbar itu, bukannya Zaid. Interviu itu juga tidak lebih daripada perbuatan Zaiud untuk melepas geramnya saja.

Saya tidak mahu mengatakan Zaid terperangkap ataupun sengaja 'mencari' akhbar berkenaan sebagai perlarian untuk meluahkan isi hatinya. Yang jelasnya akhbar berkenaan adalah musuh kepada parti PKR terutamanya akhbar yang membenci penasihat parti itu sepanjang masa. Malahan beliau sendiri pernah menjadi sasaran parti berkenaan seewaktu pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kebebasan dan sikap profesional Zaid dalam hal ini belum boleh diterima ahli PKR secara umumnya. Di sini Zaid tidak pandai meraba perasaan ahli PKR yang diharap akan menyokongnya. Jadi apa alasannya? Tentu Zaid ada alasan lain yang tersendiri.

Mungkin pengkhianatan akhabr berkenaan kepadanya boleh dimaafi Zaid. Mungkin akhbar itu sudah membuat apologi senyap kepadanya. Ataupun ada kontra terhadap tindakan Zaid sebelum ini terhadap akhabr berkenaan. Di mana kalau tidak salah Zaid cadang menyaman akhbar berkenaan kerana dirasakan memfitnahnya. Apakah dengan mendapat ruang untuk berkempen menerusi interviu itu akhbar berkenaan mendapat kebebasan dari disaman Zaid?

Dalam situasi kini bila Zaid menggunakan akhbar berkenaan ia tidak mendapat kebaikan. Ahli PKR yang membenci akhbar berkenaan akan marah. Hampir semua pemimpin PKR dicemuh oleh akhbar berkenaan. Ahli tidak akan membaca akhbar berkenaan jadi mesej yang hendak disampaikan mnerusinya tidak akan sampai ke bawah.

Jadi saya tidak tahu dimanakah relevansinya Zaid sedia untuk diinterviu oleh akhbar berkenaan. Apakah kerana rasa frustnya sudah memuncak maka beliau tidak ada pilihan lain melainkan bercakap kepada akhbar berkenaan. Apakah Zaid tidak bertanya kepada penasihatnya sebelum berbuat demikian ataupun beliau bertanding tanpa ada mana-mana pihak mengurusnya?

Di sini dalam memaraih simpati, lawannya agak cerdik darinya. Saya pasti akhbar berkenaan akan cuba mendapatkan Azmin untuk diinterviu untuk dilagakan antara keduanya dengan tujuan berlaku berontakan kepimpinan dalam parti itu. Sudah tentu Azmin tidak akan melayaninya. Dan penolakan Azmin itu menyebabkan ahli PKR melihat Zaid rapat dengan akhbar berkenaan. Di sinilah imej Zaid akan jatuh dan keikhlasn Zaid juga akan diperkatakan. Ringkasnya langkah Zaid memberi muka kepada akhbar berkenaan tidak fasal-fasal menguntungkan Azmin.

Zaid barangkali lebih arif dalam politik manusia sering tidak rasional. Seseorang yang ingin terlaku rasional dan terbuka serta tegas juga akan menjadi mangsa kepada dirinya sendiri. Dalam politik kena tahu arah tiupan angin dan peka membaca keadaan serta selera penyokong dan ahli. Dalam politik tidak ada keikhlasan, kejujuran dan kebenaran. Yang ada ialah tipu muslihat, adu domba dan juga munafik setiap saat. Dunia politik (humanisme dan materialisme) itu sendiri adalah kloni subur para munafikun.

Justeru kalau Zaid berlawan dengan Azmin dan menggunakan akhbar berkenaan kerana ingin menunjukkan sikap terbukanya, sikap profesionalnya, beliau telah salah dan melakukan kesilapan besar dalam politik yang berteraskan kepada prinsip 4C.

Saya sangat membimbangi bila Zaid mengadakan temuramah dengan akhbar berkenaan menyebabkan semangat para penyokongnya yang kecewa dengan akhbar berkenaan akan menurun. Saya lihat dari Interviu apa diperolehi Zaid hanya meluahkan rasa hatinya saja tidak lebih dari itu.

Pada saya apa yang Zaid inginkan dari PKR dengan apa yang beliau lakukan itu sia-sia saja. Berdasarkan itu saya cukup pasti selepas ini kalau beliau kalah beliau akan meninggalkan PKR atas alasan perjuangan parti itu tidak mampu memenuhi kehendaknya. Atau setidak-tidaknya kerajinannya seperti mana hari ini akan tergenjat sedikit. Selalunya perangai orang politik tidak mudah berubah walaupun di rendam dalam tujuh lautan. Saya sudah lama memerhati hal ini.

4 ulasan:

  1. surat khabar itu dulu jugalah yang menyiarkan berita zaid minum arak...

    BalasPadam
  2. Zaid telah mengkhianti dan sepatut nya telah pun di pecat apabila dia memilih musuh untuk meluahkan isi hati nya...maka orang khiant itu mesti di hukum...

    BalasPadam
  3. Semenjak Zaid Ibrahim menyertai PKR setiap gerak langkahnya diperhati oleh seluruh ahli dan penyokong PKR. Zaid bukan seorang pejuang. Zaid bukan seorang reformis yang sanggup melawan kebejatan pemerintah BN melalui demontrasi jalanan. Sebagai pemerhati dan penyokong Pakatan rakyat yang setia sejak 1998, 'instinct' awal saya apabila PKR menerima Zaid sebagai keahlian untuk peringkat tertinggi, saya gusar dan curiga. Zaid tidak pernah diuji dengan ujian sepak terajang FRU, dengan semburan air asid dari 'water canon'. Zaid tidak pernah ditahan di bawah ISA. Beliau hanya membantah penggunaan ISA ketika beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kerana rajuknya itu beliau keluar UMNO dan menyertai PKR.
    Ramai rakan seangkatan saya yang dahulunya perancang utama ketika demontrasi 1998 serta ketika PRU 2008 mengatur strategi untuk PR kini 'back off' dan tunggu dan lihat.
    Bukan saja gelagat Zaid malah gelagat beberapa pemimpin PKR yang angkuh, sombong serta lupa diri telah memesongkan semangat reformasi yang asal. Pemimpin- pemimpin ini bukan pejuang. Mereka adalah ahli politik yang mengambil kesempatan atau "Opportunist".
    " We have one kind of animals in our country. They are sometimes very fame and other times they are so cruel. They are neither horses nor tigers. Sometimes they are very clever but other times they can be very stupid. They are neither cats nor cows. They can comouflague too. They live on the land but some of them good swimmers too. They are neither frogs nor crocodiles. They crow and fly. They are neither cocks nor birds". I called these animals...POLITICIANS...

    Niamah...
    Drebar Lori

    BalasPadam