Ahad, 1 Ogos 2010

Perdana Menteri dari PAS, Terima kasihlah Soi Lek


Oleh Roslan SMS

PM dari PAS begitulah tajuk akhbar Sinar Harian hari semalam. Presiden MCA Chua Soi Lek(gambar) dilaporkan berkata bahawa jika rakyat mengundi Pakatan Rakyat sehingga menguasai kerajaan pusat, maka calon Perdana Menteri kelak adalah daripada PAS.

Ini bakal berlaku katanya kerana PAS memiliki organisasi yang lebih tersusun dan keahlian yang besar seluruh negara.

Sesungguhnya kenyataan Soi Lek itu berupa dakyah yang mengandungi dua elemen jahat, pertama rakyat perlu berwaspada kerana jika PAS lah PM Malaysia maka masyrakat bukan Melayu khasnya akan merana. Keduanya ia bermaksud mahu menggegar perpaduan dalam PR, biar sesama PR berpecah-belah berebut siapa mahu jadi PM.


Saya sebentar tadi dihubungi wartawan meminta pandangan saya berhubung kenyataan Soi Lek itu. Saya katakan PAS berterima kasih pada Soi Lek, tetapi Soi Lek tidak berhak memutuskan apa yang berlaku dalam PR. Gabungan PAS, PKR dan DAP kukuh dan padu dan akan menentukan sendiri nasib dan masa depan kami, tanpa perlu Soi Lek sibuk-sibuk.

Malah rakyat juga perlu berhati-hati kiranya terus leka, tak mustahil jika Umno terus bermasalah, Soi Lek yang punya rekod akhlak yang “hebat” itu bakal naik sebagai PM BN, kerana itu jauhilah BN!

Jika pada PRU ke 12 lalu PAS bersetuju Dato Seri Anwar lah bakal menjadi PM kiranya pakatan ini berjaya, saya tidak fikir PAS ada masalah untuk terus mengekalkan kepercayaan itu.

Yang penting sekarang bahawa dakyah Soi Lek itu membuktikan betapa kuat dan kukuhnya pengaruh Pakatan Rakyat, sehingga seorang bertaraf Presiden komponan BN terpaksa menghinakan diri menjual dakyah menakut-nakutkan rakyat, seolah rakyat masih berfikiran seperti mereka pada tahuan 50an dulu.

MCA tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan PAS. Jangankan di Semenanjung Malaysia, di Sibu pun baru-baru ini masyarakat Cina khasnya di sana menerima PAS dengan senang hati. Masalahnya masyarakat Cina sudah hilang kepercayaan pada MCA, kini mantan Presiden MCA diseret ke mahkamah, sebelumnya seorang mantan Presiden (Koon Swan) pernah diseret dan didapati bersalah. Apa lagi tinggal pada MCA selain seorang Presiden yang akhlaknya bakal membawa malapetaka buat BN pada PRU ke 13 nanti. Selamat jalan Soi Lek.

http://n32.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. Dulu aku dengar itu Mr. Chua sudah di lantik sebagai DUTA UBAT KUAT. Sekarang ni macamana? Masih lagikah menjadi DUTAnya?

    BalasPadam
  2. Chua Soi Lek boleh diangkat jadi Presiden Persatuan Pengguna Viagra Malaysia(PPVM)mmerangkap Presiden MCA.

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM WRT WBT..

    PERHATIAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT !!!

    UMAT ISLAM SEMAKIN DIANCAM SEKARANG INI. PERPADUAN PERLU DIJANA SEGERA DAN MOHON ANDA MENOLONG SAYA MENYEBARKAN MESEJ YANG SAYA PAPARKAN DI BLOG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA YANG TERCINTA...ATAU KITA AKAN BERPUTIH MATA JIKA MASIH LAGI LEKA...

    MOGA ALLAH MEMBERI 1000 BERKAT DAN MENJAUHKAN 1000 MUDARAT ATAS JASA BAIK ANDA MEMANJANGKAN LINK INI DI YM DAN FB ANDA.

    DIALU ALUKAN JUGA ARTIKEL TERSEBUT DISEBARKAN MELALUI EMAIL.

    SILA KLIK http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/08/tolak-perpaduan-islam-boleh-jatuh-fasiq.html

    JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK

    Ikhlas dari

    Blogger Panglima Perang Cyber
    YDP Blogger Pembela Negara (BPN)

    BalasPadam