Peluru itu dan sekeping nota diposkan ke pusat khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu di Damansara Utama.
“Tony Pua Kiam Wee. Anda sangat berani sekarang? Lebih baik anda berhati-hati,” kata nota itu.
“Kami tahu tentang keluarga kamu, rumah kamu, pejabat kamu, kereta kamu,” tambah nota itu.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Damansara semalam oleh salah seorang pembantu Pua.
“Kenyataan kedua-dua kami telah diambil (oleh polis),” kata Pua lagi,
Sampul surat yang mempunyai peluru dan nota itu dibuka oleh pembantunya kira-kira 4.30 petang.
Pua tidak menolak kemungkinan ugutan itu berkaitan dengan cadangannya kepada kerajaan negeri Selangor agar mengkaji semula diskaun Bumiputera untuk memiliki rumah-rumah mewah dan hartanah komersial di negeri itu, meningkatkan daya saing dan mengembalikan keyakinan pelabur.
“Ia kemungkinan berkaitan dengan isu yang saya bangkitkan itu,” jelas beliau.Cadangan itu telah mengundang 22 laporan polis, antaranya oleh Pemuda Umno Selangor.
Pada 2008, dua pemimpin DAP Karpal Singh dan Teresa Kok juga menerima nota ugutan seumpama itu.
Karpal, yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan menerima peluru hidup 9mm manakala Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor dibaling dengan bom petrol ke atas rumahnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.TMI
NI MESTI KERJA GANSTER PKR NAK CARI ISU MURAHAN.
BalasPadamApa untung kamu orang-orang miskin di dalam UMNO mempertahankan pemberian diskaun terhadap hartanah mewah yang akan dinikmati oleh orang-orang kaya. Kamu mampu belikah? Kalau kau tak mampu, dia orang tolong belikan rumah tu, dan hadiahkan untuk kamukah? Kalau tidak ada dia orang mempelawa kau tinggal di rumah tu sehari dua untuk menikmati kemewahan mereka? Kalau pun tidak, ada mereka mengajak kamu bertandang sebagai tetamu minum kopi? atau hanya diajak berbincang sambil berdiri di parking lot je, atau mungkin hanya di luar pintu pagar? Atau anda hanya sekadar melihat dan menelan air liur dari seberang jalan bahawa itulah rumah mewah pemimpin kami yang kami bersungguh-sungguh mempertahankan diskaunnya.
BalasPadam