Khamis, 8 Julai 2010

Usul Bincang Dakwaan Rosmah, Deepak Biayai Bala Dikemukakan Semula

KUALA LUMPUR 8 Julai - Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa mengemukakan semula usul berhubung dakwaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bahawa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas arahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa Teck Hwa atas alasan teknikal kerana terdapat satu lagi usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu penurunan perolehan syarikat petroliam negara, Petronas.
Usul Teck Hwa ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan 18(5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.
Pandikar berkata usul itu ditolak kerana Anwar telah mengemukakan usulnya terlebih dahulu.
Bagaimanapun Teck Hwa diminta Speaker supaya mengusulkan kembali jika ianya mahu dibahaskan pada masa akan datang.

Pandikar juga mengulangi cadangan beliau kepada Teck Hwa selepas usulnya ditolak.
"Saya failkan usul itu lagi pagi ini dan pegawai Dewan memaklumkan bahawa usul saya adalah yang pertama pagi ini,” kata Teck Hwa.
Beliau juga berharap usul itu akan dibahaskan minggu depan kerana ia membabitkan isteri Perdana Menteri.
"Khabar angin kini tersebar di internet, jadi kita perlu menjaga nama baik negara dan juga Rosmah,” kata beliau.
Dalam usulnya itu Teck Hwa berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London atas sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat.
“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.
"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes skandal yang melibatkan Perdana Menteri,” kata usul yang dikemukakan. SK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan