Sabtu, 31 Julai 2010

Selepas Liong Sik,Dua Lagi Bekas Menteri Perlu Dihadap Ke Mahkamah?

Oleh Mohd Sayuti Omar
KATA Muhyiddin Yassin pendakwaan bekas Presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik, 67 menandakan perundangan negara ini telus dan saksama. Pendakwaan itu menunjukkan undang-undang negara ini tidak memilih bulu. Semalam Liong Sik bekas menteri era Mahathir Mohamad itu dihadap ke mahkamah atas tuduhan kerana menipu kerajaan berhubung skandal PKFZ.Semasa menjadi menteri, beliau didakwa menipu kerajaan berhubung pembelian tanah di Pulau Indah.
Liong Sik didakwa memperdaya Kabinet supaya bersetuju dengan terma yang dipersetujui antara syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDBS) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berhubung pembelian tanah yang dengan curang menyembunyikan fakta mengenai penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kemteri Kewangan ke atas tanah berkenaan.Semalam Liong Sik hadir ke mahkamah sekeyen untuk menghadapi pertuduhan berkenaan.
Baguslah. Rakyat suka melihat peristiwa itu. Jarang para kaloi atau jerung negara ini dapat ditangkap dan dihadapkan ke mahakmah. Rakyat suka kalau melihat vvip berada di kandang orang salah dan bukan saja penjenayah seluar dalam ataupun ragut. Tetapi apakah dengan tindakan itu ia boleh diterima perundangan dan mahkamah kita telus dan saksama?Imbang Penuh
Mungkin rakyat yang sudah lupa beberapa perisitwa sebelum ini akan menelannya macam menelan biji selasih dalam air batu campur. Tetapi bagi mereka yang kuat ingtan dan mengetahui luar dan dalam kerajaan sukar untuk menerima kata-kata Muhyiddin itu.

Perbicaraan ke atas Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat yang sedang berlaku sekarang di mana banyak soal-soal teknik dilihat meragukan. Apakah itu juga ketelusan dan kesaksamaan seperti dikatakan Muhyiddin. Keteluasan dalam perundangan negara ini tidak akan absah kalau hanya kerana pendakwaan Liong Sik sebaliknya tidak dilihat licin dan telus dalam perbicaraan lain termasuk kes berprofile tinggi seperti ke Anwar itu.

Orang ramai perlu ingat mengenai terdapat lebih 10 kes berprofile tinggi seperti mana diumumkan Rais Yatim semasa beliau jadi Menteri Undang-Undang dulu samapai kini belum diketahui nasibnya. Setengah siasatan sudah selesai tetapi masih belum ada pendakwaan. Apakah kerana ia ada kaitan dengan kedudukan kerajaan kini maka kes itu 'diguakan' begitu saja?

Pada saya perundangan negara tidak mudah untuk dianggap telus dan saksama berdasarkan pendakwaan ke atas Liong Sik itu tetapi kalau tidak sama mendakwa dua lagi bekas menteri yang dikatakan sudah disiasat kerana terlibat dengan rasuah. Perkara ini pernah diumum sendiri oleh bekas PM, Mahathir Mohamad mengenai jenayah yang mereka lakukan. Selamanya rakyat tidak akan melupai akan pengabaian disengajakan untuk mendakwa dua bekas menteri berkenaan.

Bahkan kertas siasatan atau arahan mengenai pendakwaan bekas menteri berkenaan sudahpun dibuat oleh Peguam Negara (AG). Tetapi kerana atas permintaan Mahathir sendiri maka pendakwaan tidak dibuat. Seorang terlibat meluluskan tander (saham) untuk anak menantunya dan seorang lagi berhubung projek PPRT bernilai puluhan juta ringgit.

Demi mengabsahkan pandangan Muhyiddin itu elok kalau dua bekas menteri berkenaan diheret ke mahkamah.

Selain itu seorang menteri dikatakan juga terlibat dengan rasuah. Harus menteri ini juga dibawah ke mahakamah. Sekiranya kertas siasatan sudah ditutup, ia boleh dibuka kembali. Ketelusan dan kesaksamaan perundangan negara ini boleh diikhtiraf sekiranya ia turut melibat mendakwa para kaloi dan jerung ini, khasnya dua bekas menteri berkenaan dan seorang menteri itu.

Muhyiddin tidak boleh semata-mata menjadikan kes menimpa Liong Sik itu untuk meminta orang ramai mengikhtiraf ketelusan dan kesaksamaan dalam perlaksanaan undang-undang di negara ini kerana setiap dari kita ada mengetahui akan kepincangannya. Krisis kehakiman dan perundangan negara yang yang tercatat dulu adalah sejarah hitam dalam perundangan yang menyerlahkan akan ketidak telusan perundangan kita. Sejarah itu sesungguhnya masih hidup ke hari ini.Detikdaily

1 ulasan:

  1. Selagi DSAI tidak di bebaskan, selagi itulah Undang Undang di Malaysia, berat sebelah.

    BalasPadam