Isnin, 26 Julai 2010

Parlimen Bubar Lepas Raya ?


Oleh Angkasanuri
Saya merasakan tanda-tanda pembubaran parlimen lebih awal dari tempoh sepatutnya pada tahun 2012 semakin nyata. Isu-su dalam negara tidak memungkinkan Umno-BN boleh bertahan sehingga 2012.

Kes penyiasat persendirian dalam isu Altantuya yang kini disiasat polis Peranchis bakal menggegarkan politik dalam negara dan antarabangsa . Ada sesuatu yang bakal diumumkan oleh pihak berkuasa Peranchis tentang hasil siasatan kaitan skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam isu pembelian kapal selam yang didakwa melibatkan kepimpinan tertinggi negara.
Kegawatan ekonomi dan ketidakmampuan kerajaan 1Malaysia menanganinya menjadi faktor pendorong parlimen akan dibubarkan awal. Negara berada dalam keadaan cukup gawat dan agak tenat. Kerajaan Umno-BN tidak mampu menyerap kegawatan yang berlaku. Maka subsidi terpaksa ditarik balik atau dikurangkan. Bermakna inflasi akan melambung apabila keperluan pengguna terjejas. Kalau Umno-BN bertindak sebelum pilihanraya alamat Umno-BN berdepan risiko kalah lebih teruk dalam pilihanraya. Jadi langkah selamat, bubar parlimen untuk mendapat atau menguji mandat rakyat walaupun sedar ia sangat berisiko.
Serangan media massa melalui cetak dan elektronik yang sentiasa menipu dan mengampu mengingatkan saya inilah senario yang selalu berlaku apabila pilihanraya umum semakin hampir. Apa yang dilakukan menunjukkan Umn0-BN cukup kemaruk dan terdesak untuk mengekalkan sisa-sisa kuasa yang tinggal.

Perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin menuju ke kemuncaknya akan menjadi 'tali hayat' Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat. Saya yakin ramai yang sudah dapat menduga keputusannya. Dalam keadaan segala saksi dan bukti cuba disembunyikan serta pelbagai kepincangan lain dalam perbicaraan semua menjurus untuk mengheret DSAI sekali lagi ke Sungai Buloh. Ikat jamin akan dinafikan, DSAI akan diaib dan dimalukan secukupnya. Pakatan Rakyat akan diserang habis-habisan. Itu situasinya, maka ketika itu parlimen akan dibubarkan.

Banyak lagi lagu lama dan gendang pilihanraya mula dimainkan oleh Umno-BN. Walau bagaimanapun saya cukup optimis rakyat cukup matang untuk menilai dan memilih pemimpin mereka. Pakatan Rakyat kini berada dalam situasi yang cukup bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan, serangan dan taktik kotor Umno-BN.Jika kerjasama dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dapat dikekalkan, momentum sokongan rakyat dapat dipertahankan saya rasa tidak mustahil walaupun agak sukar untuk merealisasikan misi menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.
http://angkasanuri.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. Memang elok la bubar krn k'jaan BN dh semakin tenat dek tersalah amal diet hingga penyakit sembelitnya tak dpt lg terkawal dan mengakibatkan organ dalaman BN mengalami simtom2 barah tahap tertinggi..Dh mcm2 antibiotik disutik ke tubuh BN supaya ia kelihatan sihat di depan rakyat,namun rakyat sudah tidak peduli kerana rakyat juga sudah terkesan akibat salah amal diet k'jaan BN itu..Mungkin kali ini BN akan dihantar terus ke bilik mayat utk dimandikan jenazahnya krn mesin penyokong hayat BN x cukup power krn adaptor yg digunakan kekurangan ampier outputnya..Para doktor,jururawat dan seluruh kakitangan hospital akan mengundi samada mengekalkan BN utk terus berada di wad ICU,atau menutup terus mesin penyokong hayat krn cubaan Umno utk mendapatkan organ dalaman baru bagi BN telah dibantah oleh ahli keluarga bakal penderma organ itu sendiri..Persoalannya apakah para pengundi akan termakan dgn pujukan BN yg menggunakan khidmat Ahli2 Sihir dari Bani Israel atau bersiap mengambil Wudhu'utk solat Jenazah bakal Arwah BN yg nafasnya sudah tinggal satu dua sahaja..

    BalasPadam
  2. tak perlu bubar parlimen! yang perlu hanya najib, musa hasan, gani patail dan zaki azmi letak jawatan. ini pun tak boleh nak buat ke?

    BalasPadam
  3. selagi umno/bn memegang kuasa selagi itulah negara dalam keadaan huru hara.

    BalasPadam