Jumaat, 18 Jun 2010

Saya tak tonton video seks Elizabeth Wong-Anwar

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau pernah miliki atau menonton video separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong awal tahun lalu.
Anwar mengecam dakwaan Datuk Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru yang keluar PRK Februari lalu, di Parlimen semalam.
Anwar menuduh Zahrain kelihatan selesa membuat pendedahan selepas kembali ke pangkuan Umno.
“Kenapa kita perlu pedulikannya? Kenapa kita nak pedulikan seseorang yang sudah dibayar? Adakah awak fikir ini satu tuduhan serius?
“Jika ia serius, saya akan menghasilkan video itu. Tapi tidak, saya belum menontonnya. Mungkin beliau menonton video lucah ini, saya tidak tahu,” kata Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat pada sidang media di Parlimen tengah hari tadi.
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) semalam, Zahrain melancarkan satu lagi tuduhan terhadap bekas bosnya itu dengan menuduh beliau menyokong penyingkiran Wong daripada pentadbiran kerajaan Selangor.Wong merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Zahrain mendakwa Anwar memberitahu pemimpin-pemimpin PKR bahawa pernah memiliki rakaman seks Wong, menunjukkannya sedang “makan ais krim” dan akan mendedahkannya tidak lama lagi.
Zahrain mendakwa Anwar juga individu yang mencadangkan Wong supaya meletakkan jawatan sebagai Exco dan mengosongkan kerusi.
“Kami terkejut dengan pendedahan itu dan beliau kata akan menunjukkan kepada kami video itu,” kata Zahrain sambil menambah, sehingga sekarang belum mendedahkannya.
Anwar mengecam Zahrain kerana menggunakan bangunan Parlimen sebagai platform untuk melaksanakan tuduhan politik “keji”.
“Anda (Zahrain) sudah dibayar, jadi ambil sahaja duit itu, tidak perlu untuk melemparkan fitnah.
“Elizabeth Wong adalah seorang ahli politik wanita, beliau ada maruah juga. Jika ada bukti, dedahkannya. Mereka cakap seseorang menonton video itu ... siapa? Anwar. Tapi tiada bukti,” katanya.
Apabila didesak untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Anwar menegur media kerana memanjangkan isu tersebut.
“Jangan beritahu saya tidak ada apa-apa yang anda boleh tulis.
“Apa yang anda jangkakan saya akan buat? Tidak ada sedikit pun bukti. Jika anda ada agenda politik, ia seharusnya tidak dilakukan dengan melakukan pembunuhan karektor, politik sampah atau menyerang peribadi. Ini tidak bermoral, tidak beretika dan tidak boleh diterima.
“Dan dalam keadaan mana anda boleh mempersoalkan moral orang lain? Adakah anda mempunyai moral yang tinggi? Adakah anda baik, seorang Muslim? Tidak ada dalam ajaran Islam untuk menyerang kehidupan peribadi seseoran,” kata Anwar dengan merujuk kepada Zahrain.
Gambar peribadi Wong tersebar di internet Februari tahun lalu, dan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, Khalid menolak peletakan jawatannya dan Wong kembali ke bertugas dengan pentadbiran negeri selepas berehat hampir dua bulan.
Zahrain berkata Anwar kemudian menentang Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang bercakap menentang Khalid.
“Kulim mengkritik menteri besar kerana mempertahankan Elizabeth Wong, kemudian dipecat,” tambah Zahrain.TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan