Sabtu, 5 Jun 2010

Judi sukan: Vincent Tan Rayu Negeri Pakatan Batalkan Pengharaman

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.
Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.“Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini),” kata Tan.
Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.

ULASAN TINTA HIJAU DKB
Kenapa Kelantan tak disebut negeri yang haramkan judi bolasepak,ya..sebenarnya bukan sekadar judi bolasepak tapi semua bentuk perjudian diharamkan Tok Guru.Harap negeri Pakatan lain dapat mencontohi Kelantan satu masa nanti.Pengharaman judi bolasepak satu permulaan yang baik.
Nampaknya Vincent sudah merasai bahang dari pengharaman judi bolasepak di negeri2 yang diterajui Pakatan sehingga sanggup merayu supaya membatalkan pengharaman tersebut.Beliau mungkin sudah mengira jumlah kerugian yang dialami akibat dari pengharamanitu.
Jangan pedulikan rayuan Vincent,negeri2 Pakatan tidak harus bersekongkol dalam hal ini.Haram tetap haram...kekalkan pengharaman ini,itulah harapan majoriti rakyat.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

1 ulasan:

  1. Mohon kepada semua pemerintah kerajaan PR supaya tidak melayan rayuan kapitalis ini.

    BalasPadam