Khamis, 6 Mei 2010

Kereta Rasmi Ketua Polis Selangor Dicuri

SHAH ALAM: Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Noor Azam Jamaludin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.15 pagi tadi ketika kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam diletakkan di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu semasa pemandu terbabit sedang menikmati sarapan pagi.

"Laporan polis dibuat oleh pemandu terbabit pada kira-kira pukul 10 pagi dan usaha untuk mengesan kereta tersebut sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Noor Azam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Khalid bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.Mstar

1 ulasan:

  1. kahkahkahkah...... tu laaaa... bos takder lu bawak kereta pegi cak tea!!! jangan jangan nak cover line pasal budak kena tembak tu tak?

    BalasPadam