Rabu, 7 April 2010

Mahfuz Pula Diheret Ke Jawatan Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR 7 Apr - Anggota Dewan Pakatan Rakyat membantah keputusan bercanggah Timbalan Speaker yang membenarkan usul untuk menghadapkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatan Hak dan Kebebasan dengan menggunakan Peraturan 26(1) walhal usul di bentang oleh di bawah Peraturan 36(12).
Keputusan tersebut diambil datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar setelah Dewan ditangguh selama 15 minit apabila perbahasan dalam Dewan sudah tidak terkawal.
"Tindakan membenarkan usul tidak dibincang mengenai peraturan mana yang diguna dan ini bertentangan dengan peraturan Dewan sendiri," Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Timbalan Speaker berkata sekiranya keputusan beliau tersebut dibantah oleh anggota Dewan mereka boleh menggunakan Peraturan 43 untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat.
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bangun mendesak Timbalan Speaker membuat pendirian samada istilah Umno dan APCO boleh digunakan dalam Dewan.
"Saya tidak mahu menjelaskan perkara ini. Siapa yang tidak bersetuju boleh keluar Dewan," jawab Wan Junaidi.

Sebelum itu keadaan menjadi tegang ekoran Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said bangun membawa usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa tersebut kerana mengaitkan firma antarabangsa yang pro Zionis-Israel dengan Umno.
Dewan Rakyat menjadi kecoh semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 apabila anggota Dewan dari Pakatan Rakyat berdiri menawarkan diri mereka untuk dirujuk kepada Jawatan Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu kaitan APCO dan Umno.
Timbalan Speaker dilihat memihak kepada BN apabila bersetuju untuk membuat pengundian di dalam Dewan berdasarkan keputusan Speaker pagi tadi yang membolehkan usul di bawa sekiranya sesuatu isu berbangkit berlaku di dalam Dewan.
Melihat ketidakadilan yang berlaku beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun membantah sikap dan pendirian Timbalan Speaker yang didakwa membuat keputusan yang berbeza dalam perkara yang sama apabila ia bersangkutan dengan anggota Pakatan Rakyat.
"Saya menawar diri untuk di hadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff diikuti oleh rakan beliau dari Teluk Intan, M. Manogaran, Shah Alam, Khalid Samad serta Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh sebelum Wan Junaidi menangguhkan Dewan selama 15 minit.
Laungan 'Umno-APCO, Umno-APCO, APCO-Umno, APCO-Umno terus bergema di dalam Dewan menyebabkan anggota BN menyingga kemarahan.
Sebelum itu Dewan membuat pengundian apabila anggota 15 anggota berdiri menandakan persetujuan untuk belah bagi.
Apabila pengundian dibuat, BN mendahului keputusan untuk meluluskan Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung dengan 88 undi berbanding 57 undi dari Pakatan Rakyat.
Pagi tadi juga pengundian di buat atas usul untuk merujuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang melemparkan tuduhan bahawa DAP adalah ejen Singapura dalam Dewan semalam.
BN berjaya menangkis usul tersebut dengan 82 berbanding 56 dari Pakatan Rakyat.Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata Pakatan Rakyat akan terus membantah dan mempertahankan tindakan Mahfuz mengaitkan APCO dan Umno.SK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan