KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya langsung tidak menafikan mengenai sekeping gambar di internet yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali bersama dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.
Ketika media bertanyakan mengenai gambar tersebut Khairy cuba untuk mengelak dan bertanya kembali kepada media adakah dia sedang minum dalam gambar itu.
"Hingga ke akhirnya itulah jawapan yang diulang-ulang," kata Pimpinan Pemuda Pas, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.
Menurut Herman, Khairy langsung tidak menafikan bahawa orang yang berada dalam gambar itu bukanlah dirinya.
"Ini bermakna dia dengan sendirinya seolah-olah telah berikan jawapan kepada semua yang melihat gambar itu bahawa gambar yang disiarkan itu adalah gambar Khairy yang sebenarnya," jelas Herman.
Semalam, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.
Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.Erapakatan
MEMANG PUAK NI KAKI MINUM ARAK...
BalasPadamLaknatullah umno-apco....
BalasPadamNi semua fitnah belaka, mana ada arak, dalam botol tu cuma air teh pekat dan air sirap. Lesen2 arak kat malimsia selama 52 tahun pun bukan umno yang luluskan, tapi PBT yang keluarkan.
BalasPadam