Selasa, 27 April 2010

Keputusan Hulu Selangor: Koleksi komen/kenyataan pimpinan Pakatan rakyat



Politik beli undi (rasuah) kalahkan kita

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi...Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang..Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam." - Datuk Zaid Ibrahim

Terus berjuang tumbangkan BN

"Kalau sekiranya sekali kita menang, maka kita akan ingat kita akan menang untuk yang seterusnya, kita silap. Adakah saudara fikir kita akan berada di sini tanpa melalui kesusahan, kepayahan? Tanpa melalui semua itu, kita tidak akan kuat untuk berada di sini dan meneruskan perjuangan kita. Sekali kita kalah tidak bermaksud kalah selamanya." - Fuziah Salleh

Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya'

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang..Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja" - Ustaz Nasharudin Mat Isa


BN lebih berliku selepas Hulu Selangor

"BN menang kita tak terkejut, tapi yang kita terkejut BN menang sikit, majoriti undi yang hanya 1,700 lebih tak setimpal dengan apa yang dia sogokkan kepada pengundi di Hulu Selangor. BN akan berhadapan jalan yang berliku jika keputusan ini diambil kira.

"Peruntukan untuk sekolah Cina, peneroka Felda, projek-projek segera dan berbagai-bagai lagi sogokan kepada pengundi termasuk serangan peribadi ke atas calon adalah amalan yang menyalahi undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kena siasat perkara ini....Ini merupakan petanda baik kepada PR dalam pilihan raya yang akan datang. Kita harap PR akan mencatatkan kemenangan dalam PRK Sibu, 15 Mei nanti" - Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Terus berjuang, kerja lebih kuat - Nik Aziz

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang...Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek” - Tuan Guru Nik Aziz

Halalkan rasuah punca BN menang

"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan..Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isnin rasuah tersebut akan diberikan"

"kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara" -
Mohd Firdaus Jaafar

Gagal menang majoriti 3000 satu temparan hebat buat BN

"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi...Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka..Tiada apa untuk Najib raikan” - Syed Husin Ali

Majoriti tipis, menang BN tak berbaloi

"Lebih dari RM100 juta dihabiskan oleh BN untuk memenangi majoriti tipis di Hulu Selangor iaitu sebanyak RM65,000 untuk setiap orang..Puluhan menteri berkempen setiap hari, Suruhanjaya Pilihan raya sekali lagi melanggar etika tanggungjawab mereka untuk memastikan pilihan raya adil, dan polis melakukan dooble standard kepada penyokong PR malah ada laporan bahawa mereka menghalang beberapa pengundi melaksanakan tanggungjawab,"

"Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor...Puluhan ribu penyokong PR bergabung dengan kami untuk untuk membuktikan setiap rakyat mempunyai hak untuk keamanan, keadilan, dan kemakmuran..Saya bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah dipaparkan. Komitmen anda untuk mengubah kepada yang lebih baik," - Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan