Rabu, 31 Mac 2010

Peluang Terbuka Kepada Ahli PKR Jadi Calon Hulu Selangor-Anwar

KUALA LUMPUR, 31 MAC- Mana-mana ahli dari Parti Keadilan Rakyat yang masih mahu mengemukakan nama calon untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, boleh berbuat demikian dengan segera.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membuat penilaian terlebih dahulu bersama Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Ketua DAP, Lim Kit Siang sebelum membuat keputusan menetapkan pengganti kepada penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Parlimen.TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan