PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sengaja mencabar kewibawaan parti supaya memecat beliau.
Ini kata beliau, ekoran sikap provokasi Ahli Parlimen itu yang seolah-olah mahu menguji tahap kesabaran kepimpinan parti.
"Saya sendiri tak pasti apa sebenarnya yang dia (Zulkifli) mahu, nampak gayanya mungkin dia tuntut tindakan tegas.
"Susah saya nak jangkakan tentang perkara ini, mungkin juga dia nak macam itu (dipecat)," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang sejak kebelakangan ini lantang mengkritik kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat.
Terbaru, kelmarin Zulkifli mendakwa Lembaga Disiplin PKR bersekongkol dan berniat jahat untuk melihatnya keluar daripada parti itu apabila menetapkan hari ini sebagai tarikh perbicaraan kesnya sewaktu beliau berada di Korea untuk menyertai Forum Kepimpinan Antarabangsa.
Beliau mendakwa pemergiannya ke Korea bersama 11 lagi ahli Parlimen pembangkang diuruskan oleh pihak pengurusan parti.
Bagaimanapun Syed Husin menyangkal kononnya Lembaga Displin PKR sengaja menetapkan tarikh berkenaan agar beliau gagal tampil membela diri seperti yang didakwa Zulkifli.
"Apa yang dia cakap itu semua tak betul, kita tak tahu pun dia nak pergi KOrea.
"Sebenarnya jemputan itu dihantar kepada semua ahli Parlimen, tapi dia pilih untuk mengutamakan jemputan itu... yang peliknya janganlah nak salahkan orang lain pula," katanya.
Selain itu, Syed Husin menjelaskan bahawa tiket penerbangan Zulkifli ke Korea dibiayai sendiri olehnya.
"Macam mana pula dia kata parti yang hantar pergi Korea sedangkan tiket kapal terbang pun dia beli sendiri... tak ada peruntukan daripada parti," katanya.
Jelas Syed Husin lagi, Lembaga Disiplin PKR telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 8 Februari lalu melalui faks, emel dan surat berdaftar.
Beliau diminta menjawab sebelum 12 Februari dan memberitahu sebelum 15 Februari pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh lembaga disiplin iaitu 18 atau 23 Februari.
"Lembaga disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila kedua-dua tarikh 12 dan 15 Februari luput.
"Beliau tidak pernah memberitahu lembaga disiplin mengenainya malah tidak pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran.
"Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli kerana dalam kes yang lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh lembaga disiplin," katanya.Mstar
salam perjuangan...
BalasPadampasal isu nie, ak memang tak tau nk ulas camne....coz tak tau saper yg benar2 betul...
pe2 pon,,,ape je tindakan yg akn diambil perlu dikira dari segala aspek n segi....
dari segi parti,pakatan and yg penting islam...jgn biar sampai rkyat lihat tindakan 6ti macam melebihkan cita2 pakatan drpd islam...