Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.
Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu, lapor Bernama.

Siren pemindahan penduduk memenuhi ruang udara Hawaii, French Polynesia dan Selatan Pasific. Gempa bumi di Chile mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terkorban.
Kira-kira 50 negara dan wilayah dari New Zealand ke Jepun sebelum ini pernah dilanda tsunami di Lautan India yang mengorbankan lebih 220,000 nyawa.
Lima belas jam selepas gempa semalam, ombak tsunami melanda pantai Chile dan wilayah barat French Polynesia dan kepulauan Chatham di New Zealand. Para pegawai bimbang ia bakal diekori ombak yang lebih besar.
Pusat amaran tsunami pasific, memberi amaran mengenai kemungkinan 'kerosakan besar' akibat hempasan ombak yang boleh mencecah sehingga tiga meter.Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan