Isnin, 4 Januari 2010
Video:DS Nizar Turun Padang Sempena Penggal Baru Persekolahan
1 Jan - Pasir Panjang : Dato' Seri Ir Hj Muhammad Nizar Bin Jamaluddin selaku Adun Pasir Panjang hari telah turun ke kawasan DUNnya untuk bertemu dengan rakyat. Pada awal paginya beliau bertemu dengan Ibu Bapa pelajar Sekolah Islam At-Taalim bertempat di Manjung. Sekolah Swasta Islam ini memulakan sesi persekolahan seperti Sekolah-sekolah yang lain. Sekolah ini yang memuatkan hampir 800 orang pelajar merupakan salah sebuah sekolah pembiayaan sendiri yang mengajar murid-murid tahun satu hingga tingkatan 5 dimana pengkhususannya adalah tertumpu kepada pendidikan Islam.
Dato Seri Nizar mengucapkan tahniah kepada Ibu Bapa yang telah mengambil langkah yang besar untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta sebegini kerana mengenepikan bebanan kewangan bulanan demi anak-anak mereka mendapat pendidikan Islam yang lebih sempurna.
Setelah itu, Dato Seri Nizar bersama-sama dengan rakyat di Batu 10 Lekir untuk majlis Jamuan Rakyat dan juga memberikan sumbangan beg sekolah kepada anak-anak daripada golongan keluarga yang susah. Dan pada sebelah petangnya, majlis yang serupa berlangsung juga di Taman Sri Wangi. Sebanyak hampir 200 beg sekolah diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini dapat membantu mengurangkan beban kepada Ibu bapa yang akan menghadapi sesi persekolahan yang baru akan datang nanti.SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan