Isnin, 4 Januari 2010

Isunya Bukan Politik, Isunya Hak Orang Ramai





Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim mengesahkan bahawa perobohan Dewan milik Umno berhampiran Flat Gugusan Melati, Seksyen 4 Kota Damansara dibuat mengikut lunas undang-undang.

Ketika dihubungi TV Selangor, Dr Nasir menjelaskan dewan terbabit tidak memiliki sebarang permit sejak ia dibina pada tahun 2006.

Apa yang lebih mendukacitakan dewan tidak dapat digunakan penduduk setempat kerana berkunci.

“Isunya bukan isu politik, isunya tempat ini tidak dapat digunakan oleh semua. Oleh pihak tertentu sahaja. Walhal tempat ini adalah milikan semua. Maka ada yang masuk mahkamah”.

Pihaknya juga telah meninjau dewan berkenaan beberapa kali namun tiada sebarang kegiatan dijalankan di dewan berkenaan.

“Kami pergi siasat. Empat kali kami pergi tempat itu bertutup dan berkunci. Lepas itu MBPJ untuk mendapatkan dua-dua pihak untuk berunding bersama”.

Bertindak atas permintaan penduduk setempat yang tidak berpuas-hati, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah merobohkan dewan tersebut pada 28 Disember lepas setelah pemilik gagal mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan.

“MBPJ tidak ada pilihan kecuali merobohkan kerana ruang ini ditutup dan tidak dapat digunakan oleh orang lain dan ini ruang untuk UMNO walhal orang bukan Islam dalam bangunan itu. 50 peratus bukan Islam tidak dapat menggunakan bangunan ini. Bila MBPJ merobohkan, tidak ada masalah lah tapi pada sebelah petang ada orang luar yang datang protes” ujarnya lagi.

Dr Nasir melahirkan kekesalan dengan tindakan Umno menggunakan kanak-kanak mengaji Al-Quran untuk menagih simpati masyarakat Islam.

Beliau berkata penduduk turut terkejut dengan taktik tersebut, kerana penunjuk perasaan, dan anak-anak kecil yang mengaji Al-Quran di robohan dewan bukan dari kalangan penduduk pangsapuri.

“Besok itu, mereka gunakan anak-anak, pakai cantik-cantik di bawah itu macam mengaji lah. Ini pun telah keluar dalam Sinar, di mana penduduk di situ mengatakan budak-budak ini bukan anak-anak mereka, dan orang-orang yang protes juga bukan di kalangan mereka”.

Bimbang dengan taktik propaganda seperti ini, Nasir berkata perobohan dewan tidak menjejaskan aktiviti melestarikan Islam kerana sebuah surau dan dewan yang yang berpermit telah sedia-ada di pangsapuri terbabit.

“Maknanya dewan yang digunakan ini adalah memang untuk UMNO tapi kita berharap dapat satu perbincangan untuk dibuka kepada semua orang. Ia sentiasa tertutup, orang lain tidak boleh pakai. Tetapi orang yang memiliki itu tidak mahu beralah dan tidak mahu berbincang”.GB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan