Sabtu, 30 Januari 2010

Gambar Wajah Sebenar Aduka Taruna Akhirnya Tersebar


Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam. Foto dari akhbar TheStar. Semasa foto dirakam kemungkinan Aduka tidak perasan.

Semalam, beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.


Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok (hari ini).

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.Sumber

2 ulasan:

  1. Mengapa dibuat tuduhan menghina Islam...iaitu menghina isteri nabi..Saiyidatina Aisyah

    BalasPadam
  2. Mengapa tidak dibuat tuduhan menghina Islam...iaitu menghina isteri nabi..Saiyidatina Aisyah

    BalasPadam