Yb Husin Din dan Ramli Tusin turt kelihatan mengziarahi Dato Seri
7.1.2010 IPOH :Pagi ini kira-kira dalam jam 9.20 minit pagi telah berlaku satu kemalangan di hadapan Hotel cuasarina Ipoh yang melibatkan kenderaan Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan sebuah lagi kenderaan jenis Volvo.Kejadian berlaku sekitar jam 9.20 minit pagi yang mana ketika itu Dato Seri dalam perjalanan untuk temujanji bersama doktor gigi di sebuah Klinik di Pekan Ipoh.Kami difahamkan bahawa Dato Seri menyedari akan kehadiran kenderaan tersebut dan telah memberikan hon namun kenderaan tersebut telahpun keluar dan terus memasuki lorong kanan jalan menyebabkan Dato Seri hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan kenderaan yang dinaiki terbalik.Untuk pengetahuan kenderaan tersebut dipandu oleh beliau sendiri.
Pihak kami juga dimaklumkan bahawa sejurus selepas itu Dato Seri bertindak keluar dari kenderaan beliau dan meminta pertolongan dan sebuah kenderaan Proton Savvy yang dipandu oleh seorang lelaki telah membawa dan menghantar beliau ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.Dato Seri tiba di Hospital kira-kira jam 9.30 pagi dan ditempatkan di wad kecemasan sebelum dibawa ke wad bagi rawatan susulan kira-kira jam 11.00 pagi.
Dato Seri yang hanya mengalami kecederaan ringan di siku ( satu jahitan) dan juga sedikit kesan calar dimuka telah dikunjungi oleh Dr. Mah Hang Soon yang mewakili UBN kira-kira pada jam 2.15 minit petang.Sehingga kini beliau masih ditempatkan di wad untuk pemerhatian Doktor dan akan dibenarkan pulang sekiranya keadaan mengizinkan.
Kepada semua rakyat yang prihatin Kami mewakili Keluarga Dato seri Ir Hj Nizar Jamaluddin berbesar hati dengan kunjugan yang tidak putus sejak pagi tadi.Dato Seri dan Keluarga merakamkan ucapan Terima kasih juga kepada semua Rakyat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Dato Seri Nizar.Kami berharap agar Rakyat memahami keadaan beliau dan tidak mengadakan kunjungan untuk masa terdekat bagi memberikan ruang buat Dato Seri berehat.
Maklumat dan keadaan terkini beliau akan kami bawakan dari masa ke masa.buat Rakyat di luar sana teruskan berdoa dan semoga apa yang terjadi membawa seribu Hikmah.
Semoga Allah berikan kekuatan pada D.S.Nizar.
BalasPadamAmin.