Oleh Era Pakatan
KUALA LUMPUR : Berikutan desas-desus Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan kali kedua atas isu liwat, masyarakat diseru agar menghadiri Forum Merungkai Konspirasi Membedah Kebenaran, anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Yayasan Aman selama tiga hari, bermula hari ini.
"Forum itu bertujuan mendedahkan isu-isu berkaitan konspirasi terancang yang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh selama enam tahun sebelum ini," kata Penyelaras Program Syafiq Sunny dalam suatu kenyataannya baru-baru ini.
Tambah beliau, forum yang dijalankan selama tiga hari, bermula hari ini turut menyentuh kupasan buku berjudul 'Anwar On Trial' karya Pawanchek Merican yang akan menjelaskan kronologi penuh berhubung penahanan tersebut.

"Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda kepada runtuhnya intergriti sistem kehakiman negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.
"Perbicaraan kes liwat kali kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari tahun ini, ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai," kata beliau.
Hal ini, menurutnya, ditambah pula dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan Anwar.
"Forum ini merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak, kita mahu sedarkan masyarakat berhubung kepincangan sistem perundangan dan pencabulan hak asasi manusia melalui sistem kehakiman yang pincang.
"Kita akan menggunakan pendekatan secara santai bagi memudahkan masyarakat memahami intipati penyampaian para panelis," kata Syafiq.
Berikut adalah senarai program untuk minggu ini (Pulau Pinang, Johor dan Perak)
Pulau Pinang
15 Januari
Panelis
YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI)
YB Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau)
Azmi Abdul Hamid (President Teras)
Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee
Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Bersebelahan rumah Governor)
Masa: 9 malam
Johor
16 Januari 2010
Panelis
BadrulHisham Shahrin (Penyelaras Solidariti Anak Muda)
Ginie Lim (Exco AMK)
Hishamudin Rais
Tempat : Hotel Kelana, Taman Putri Skudai, Johor
Masa : 7.30 malam
16 Januari 2010
Panelis
BadrulHisham Shahrin (Penyelaras Solidariti Anak Muda)
Ginie Lim (Exco AMK)
Hishamudin Rais
Tempat : Hotel Kelana, Taman Putri Skudai, Johor
Masa : 7.30 malam
Perak
17 Januari 2010
Panelis
YB Datuk Seri Nizar Nizar Jamaluddin (MB PR Perak)
YB Sivakumar (Peguam, Spekaer PR Perak)
Zunar (Reformis / Kartunis)
Tempat : Eureka, 8H, Tingkat Bawah, Jalan Daeng Selili Kuala Kangsar, Perak
Masa : 8:00 Malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan